baru sekarang nak menyesal

salam..

berjumpa kembali dalam segmen blog yang bosan ni.macam biasa,takde idea yang letup keluar pada hari ini.sekadar cukup syarat update blog.apa ade kat kepala otak aku,aku tulis.nasib la apa yang ade.jangan menyesal lak,kalau keluar bende2 yang tak masuk akal sume tu.sedar tak sedar,dah 6 bulan dah pun atau lebih,aku lepak kat rumah ni.pikir2 balik,apa aku buat masa cuti?kerja pun tak,apa pun tak.penuh dengan waktu2 tido je.study lepas spm?buang tebiat.tembak lah aku  kalau ko nampak aku study lepas dah abis spm.

ya,tarikh esok,semakin kurang la bilangan member2 aku kat ipoh atau kt fb ni.semua dah sambung belajar dah.aku je terkontang kanting lagi ni.kejar itu ini.nasib lah aku sambung belajar hari rabu minggu depan.tak lah bosan je duduk rumah ni.huh,bile aku dah mula belajar plak,nak duduk rumah.penat la,itu la.tengok je la nanti.ntah la,ilmu2 aku masa f4 f5 dulu,dah lupe plak.hampir semua kot lupe.betapa membazirnya waktu2 cuti lepas spm.kepada junior yang kalau ade baca blog ni,tahun depan,bila dah habis spm,tolong lah belajar balik.kalau tak jadi cam aku.dah totally lupe semua.tolong lah belajar,aku merayu ni.kalau tak menyesal kot.(tengok,betapa caring nye aku,hehe)

apa2 ilmu fizik yang diajar cikgu fatimah n cikgu mozek=20% je kot dalam kepala aku.lain2?hilang~

ilmu kimia yang diajar oleh madam chio=err,ntah la,tak kire plak.tak tau ade lagi ke tak.

ilmu bio oleh cikgu hartini=err,mintak maaf cikgu,saya yang bab f5 macam dah lupe semua je.f4 ade la sket ingat.hehe

addmath oleh cikgu sal=alamak,modul pun aku dah lupe letak mana.camne la aku nak jawab math kat kolej nanti.adoi.

lain2=sama gak lupa.

TOTAL UP=aku kena masuk belajar f4 f5 balik.

btw,aku rindu plak sekolah.tak kira la sekolah rendah ke menengah ke.semua aku rindu.kalau boleh nak masuk balik.belajar bende yang sama je.tapi,memang mustahil la.belajar kat sekolah laki 5 tahun,memang best.cume tu la,dah keluar sekolah,takut perempuan plak.malu siot~

AKHIR KATA,AKU RINDU MEREKA DI BAWAH.:)


P/S-harap2 cikgu semua sihat.penting untuk mengajar kami2 yang lemah ni.tak kire la gelaran guru sains tunku mukhriz atau sains seremban,yang penting,kami2 semua,simpan memori bersama...:)

ketakutan aku....

salam kembali.jawab salam dulu.hehe

hari ni,aku ingat nak update blog pasal masa aku kecik2 dulu la.asyik2 update blog pasal zaman sekarang je kan,tak best la kan.(asyik2 update blog?ngok anda).ko masa kecik dulu mesti penah ade sikap2 yang sampai sekarang ko tak hilang2 lagi.aku ade je bende2 yang aku masa dulu takut,sampai sekarang aku masih lagi.

aku jujur la,kalau aku sorang2 dalam bilik atas katil,pastu baca buku sambil minum air sume tu kan,kaki aku mesti aku letak atas katil.aku takkan biarkan kaki aku jejak lantai atau pun melayang2.(melayang2?erkk..)kan bawah katil ada ruang kosong kan,aku risau bila aku tak letak kaki aku atas katil,lepas tu,biarkan kaki aku terjuntai je kat katil tu,nanti ade raksasa ke,hantu ke,tarik kaki aku.ni semua salah cerita hantu yang aku tengok masa kecik dulu.exorcism bende ntah.start lepas tengok cerita tu mule la,aku fobia nak biarkan kaki terjuntai kat katil tu.sampai dah besar pun,aku camtu gak,ape2 hal,aku naik kan dulu kaki aku atas katil.ha,tengok skang,aku dah angkat kaki aku,nampak tak,nampak tak?sori,aku tau ko tak nampak.sebab ko takde kat sini.(padan muka lawak  tak jadi).

lepas tu plak,aku jugak takut bunyi cicak malam2.bukan sebab aku pikir nanti cicak datang makan aku,gila kebudak-budakan.cei,padahal masa tu memang budak pun,tapi srius la,takde keje aku pikir die nak makan aku,aku lastik skali,trus cabut ekor,pas tu aku pelik,camne ekor boleh gerak2 lagi.apsal eh?ok,lupakan,tu bukan persoalan utama skang,persoalan utama skang adalah,kenapa aku takut bunyi cicak?!eh,dulu la,masa kecik2,skang aku dah berani da.try la baling cicak kat aku,aku tangkap sebelah tangan sambil tutup mata je,hehe.ye la kot.ok,punca aku takut,sebab aku ni jenis tidur lambat tengah malam.bile aku dah sorang2 yang tak tidur lagi,aku cuba nak tidur gak,tapi tak boleh.dalam usaha aku nak tidur tu,kadang2 cicak akan keluarkan bunyi die.tau bunyi cicak?camni,yang klik,klik.eh,sama ke bunyi?alah,lebih kurang la.ha,orang kata kat aku,tanda bunyi cicak ni,tanda ade bende  yang cicak ni nampak,tu dia bunyi tu.aku dah pikir macam2 dah,ada tu la,ini la.tapi aku pikir,mungkin die bunyi sebab aku sorang je kot tak tidur.jadi die perasan aku tak tidur,tu yang die bunyi tu.tapi,apa kes,nak bunyi lak?duk diam2 sudah.hari jumaat hilang lah ko.

ni plak,berkaitan dengan cita2 bile besar.kat sekolah rendah aku dulu,cikgu suruh semua budak pilih 3 kerjaya pilihan kan.nak isi dalam buku record ape ntah.yang aku ingat,aku pilih,bomba,lawyer,juruterbang.tibe2 bomba plak ade kan.ala,macam aku tak tau,zaman budak2 dulu,mesti ade punya cita2 yang macam ade kait dengan pakaian seragam ni.contoh,polis,askar,pengakap pun ade.biasala tu.aku pilih bomba,sebab kawan baik aku masa sekolah rendah pun pilih bomba gak.aku siap da plan da dengan die masa darjah 2 dulu,nak kerja kat gombak,selangor.sebab member aku asal sana.pastu,time tu,aku dengar bunyi gombak macam gempak je plus gombak je daerah yang aku tau kat selangor tu.haha.die punya semangat tulis kat buku kotak2 matematik tu,taktik nak padamkan api semua,nak selamatkan mangsa2,nak main pancut air pili bomba tu..sekali dengan aku la plan tu~sebab,kire nye,die pegi lantik diri die ketua bomba daerah gombak,aku penolong je.ade ke patut.sampai gaduh2 kejap.err,sori,masa tu,memang tak matang.

tapi bile dah besar,aku tak plak terpikir nak jadi bomba ke apa.aku skang insyallah pergi ke arah bidang perubatan.ntah,dulu tak terpkir plak nak jadi doktor ni,aku takut nak bedah mayat semua.sampai skang aku terpikir,aku pilih bidang medik ni sebab ramai orang pilih bidang ni ke?ke sebab aku nak nampak class jadi doktor?tapi,aku memang minat pun dalam bidang camni,cuma agak risau la.takut aku tak leh bawak bidang ni.lagipun,ade member aku penah kata camni-"bila ko dah jadi doktor,semacam takde hari esok untuk ko"
ade kata,jadi doktor takde life.yeke?aku pun dah cerita kat mak aku pasal masalah pasal medik ni.pernah masa aku makan dekat restoran sekali dengan mak aku.aku tanya mak aku pasal bidang medik ni.sesuai ke aku nak ambik?(dengan mak aku tak guna aku la~).mak aku jawab,semua kerja kat dunia perlukan niat.tanpa niat.kerja tu tak menjadi.terpulang lah,nak pilih medik ke tak.sapa kata doktor takde life?apa makna life kat aku?lepak dengan kawan2 sampai pukul 2 3 pagi ke?luang sepenuh masa dengan family ke?nak hidup bebas ke dengan kerja2 ringan je?mak aku kata,bile kite dah letak dalam diri kite 1 landasan nak teruskan kerjaya,teruskan.setiap orang ade pengorbanan masing2,beza die lebih ke tak.tengok macam mak,dah makin tua.komitmen kat kerja,kena teruskan,apa lagi nak buat lepas ni?kerja,kahwin,dapat anak,sorang2 ahli keluarga,kawan2 mati.lepas tu,kite plak mati.tu je,dalam hidup.tapi yang penting,macam mana kamu corak kan hidup kamu.yang penting,niat kerana allah.dah tu je mak aku cakap.insaf plak aku dengar.

aku pikir,memang aku nak buat betul2 la dalam bidang yang aku dah pilih ni.bukan pandang kat tempat mana aku belajar nanti,tapi pandang dekat apa yang aku dapat kat tempat belajar tu.insyallah,aku cuba belajar bersungguh2,nak capai cita2


.macam mak aku cakap kat aku,yang penting niat..:)

KOSONG...

salam..

dah lama gila aku tak update blog skang,tak tau apsal,aku sibuk kot,yela,macam2 kerja aku buat kan,tu tak sempat nak update tu.ko pun tau kan,aku manusia biasa,kadang tak lepas buat salah.apatah lagi nak puaskan hati para pembaca.jadi,maafkan lah aku.(ayat common pemalas nak update).

aku sebenarnye takde idea nak update la,tapi aku gagahkan juga nak update.kerja asyik online facebook je,pastu member kasi link suruh bukak profile ni itu.semua pasal kutuk2 agama Islam je.aku pun tak tahu apsal la dorang dengki ntah.tapi yang aku tengok banyak buat profile2 camni,orang indon la.tak silap aku la,kalau tengok dari gaya die hantar ayat dia kat wall tu,ntah pejadah die mencarut ntah.

aku tengok sekarang,facebook makin sunyi,yela,dah semua pergi U da,tapi ade gak yang online kat U,so,tak sunyi sangat da skang.eh,ape aku cakap ni?aku kiranya,dah 5 tahun sekolah berasrama kan,masa aku sekolah rendah je la tak pun.dulu masa aku umur 5 tahun,aku takut nak pergi tadika.mak aku punye la hantar aku pergi tadika ni tadika tu,tapi aku tak nak.tapi,akhir2 tu,aku pergi gak,puncanye,sebab mak aku belikan aku kasut sekolah dengan kapur kasut,pastu pencil case semua tu,aku terus semangat nak pergi tadika tu.ntah,aku rasa benda tu macam mainan,tu pasal aku semangat nak pergi sekolah kot.

masuk je darjah 1,aku naik van sorang pakcik ni pergi sekolah,tiap2 hari,aku akan tunggu kat depan kedai ni orang panggil kedai pakcik moon,ke mun?ntah,mana2 la.duduk la aku situ sebab nak tunggu van ambik aku.dalam pukul 11 camtu,aku akan keluar dari rumah,dengan Beg gile besar nye,pergi ke kedai tu.tapi biasa aku akan menyorok2 sikit kat tepi kedai,sebab takut dengan sorang makcik ni.tiap2 hari,kalau die nampak aku,mesti dia suruh aku balik.dia kata camni kat aku "adik,balik la rumah,sape nak hantar kamu pergi sekolah nye?baik balik rumah tido".setiap hari dia akan ulang ayat tu,kalau nampak aku.lepas tu,kalau die dah nampak aku naik van tu pun,die suruh gak aku balik rumah.dia pernah kata kat aku camni 

makcik-"yang kamu pergi naik van tu buat ape?kamu tak tahu ke zaman 
            skang,penculik semua pakai van?"

aku-huh?yeke makcik?

makcik-yela,kamu taknak percaya cakap orang tua?hidup tak berkat.

aku-huh?apakah?

ok,camtu la lebih kurang dialog aku masa kecik,tapi sila bayangkan aku dalam keadaan suara kanak2 yang pelat dan sedang memakan lollipop warna warni tu.tak lupe,beg besar kat belakang dan bertubuh kecil.

aku tak sure la,makcik tu normal ke tak,tapi hari2 dia bawak payung.pastu dia selalu pakai payung tu,tapi time hari hujan,die tak pakai payung plakk?apa kes??!

kita fokus kat beg aku plak sekarang.aku memang jenis main sumbat je semua buku dalam beg.aku sekolah rendah dulu mana tengok jadual2 ni.aku sekolah rendah dulu,aku ingat setiap hari,semua subjek ade.masa je berbeza.so,aku angkut la semua buku.lepas tu,masa darjah 5 dulu,ade kelas matematik.cikgu aku,nama die cikgu syamsiah.die memang paling garang la kat sekolah dulu.semua budak takut.nak disedapkan cerita la kan,ada 1 part ni,kitorang kena timbang beg masing2.sebab masa tu,bab matematik yang kitorang kena belajar tu,ada kait dengan timbang2 ni la.semua timbang beg masing2.turn aku macam last2 la.member2 aku semua gelak je kat aku.dorang kata,abis la,kena marah dengan cikgu,haha.marah sebab beg berat sangat.aku sanggup tu,pergi keluarkan beberapa buku pastu letak bawah meja.lepas tu,pergilah timbang beg kan.dalam 7 kg gak la.budak lain semua 4 kg je.1 kelas terkejut,aku pun sama.pastu cikgu pun sama.aku dah redy da tutup mata,sebab mesti dia tampar muka aku punye.tengok2,dia puji aku plak.hahaha.balik je tempat duduk aku buat muka bangga sket kat member2 aku.lepas tu,start dari hari tu,nak mengelak dari kena marah dengan cikgu tu,dorang ramai2 pakat bawak buku banyak,kasi beg berat,yela,sebab nak cikgu puji.kejadahnye,bukan 2 3 kali cikgu nak timbang berat beg tu.padan muke dorang,tapi aku pun padan muka gak,dari darjah 1 sampai darjah 5,kerja bawak beg berat je.abes la,bengkok la tulang aku.

tapi,tu masa sekolah rendah la,dah masuk sekolah menengah,seboleh2 nya,beg tu nak paling ringan la.rasa buku tu tak penting je,aku humban keluar dari beg.masa aku f4 f5 plak,aku tak bawak beg langsung balik asrama,aku simpan je kat kelas tu,rasa nak study ke buat homework ke,aku pergi la kelas.tapi cam jarang je aku buat kerja rumah.tehehehe.

ok lah,perut aku lapar plak.nak pergi makan dulu.chow2.papehal roger.hah ye,otak anda(aku mengata kat diri sendiri la)




saya tak suka ke sekolah"ujar kanak2 ini dengan nada sedih.eh,sedih ke?



p/s-saya dah ada account millatfacebook,anda pula?

TAHNIAH UNTUK SEMUA..:)

salam.

jam 3.00 petang semalam,sekembalinya aku dari solat jumaat,aku terus drive balik rumah di ats keexcitednan aku nak cek result biasiswa MARA aku.online je facebook,semua orang aku tengok macam cuak je.yela sapa tak cuakkan,result nak keluar ni,result yang boleh ubah jalan hidup ko.yang JPA kata keluar pukul 3 petang,tapi bukak2 je web die,takde link baru.semua orang yang apply JPA mula la rasa panas kan,sampai kol2 JPA tu.pegawai JPA tu sampai diam tak bercakap2.mungkin betul lah kata Sipot,terdapat 10499 orang yang mengkol JPA dan mungkin ada yang mengugut pihak2 JPA sehingga mampu membuatkan mereka terdiam sejenak.aku pun mula la rasa cuak,walaupun memang pasti MARA keluar pukul 4 petang,tapi aku cuba pikir dalam minda aku,yang aku ade kaitan dengan JPA,walaupun haram aku ada pegi interview die.mintak maaf,perasaan excited aku tak dapat hilang sehingga membuatkan aku untuk menyebok skali dalam kancah JPA.

jam 3.40 petang,aku bermain2 melawan komen dengan beberapa orang di facebook dalam usaha untuk menghilangkan perasaan kecuakkan dalam diri ini.tidak dinafikan terdapat individu yang cuba untuk menambahkan lagi perasaan cuak ini,dengan cuba untuk mengcountdown kan tempoh masa untuk MARA keluar.terasa seperti ingin mengebom individu itu,tetapi memikirkan undang2 Malaysia yang tegas,aku membatalkan hasrat itu.oh jangan risau,mitos semata2,takkan lah aku sebegitu kejam untuk melakukan sedemikian rupa.

tik,tik,tik..(bunyi jam berdetik di rumah aku,yang gedik2 nak bunyi,sebelum tu silent je).tett!jam,masuk ke pukul 4.yah,masa tempoh ini bermula,aku dapat merasakan tangan2 aku menggigil2,untuk pergi ke web MARA sejurus aku lihat jam di dinding.oh maaf,hiperbola,bukan jam di dinding,tapi jam di penjuru kanan bawah laptop ini.tengok aku,bende ni pun nak gitau.aku bertambah menjadi seperti seseorang yang menghidapi penyakit Parkinson selepas Anas memberitahu aku melalui IM  dan juga Azfar memberitahu melalui status di Facebook yang mengatakan Mara sudah boleh di cek.dengan berhati2,aku pergi ke web tersebut,dan memilih keputusan Piln 2010.lantasan itu,aku memasukkan no ic aku,dan sejurus aku melihat keputusan,aku melompat kegembiraan,walaupun aku agak sedih sebab tak dapat kolej mara banting.untuk 30 minit yang pertama,aku berasa sungguh down,disebabkan,ada beberapa orang rakan2 ku mendapat tempat di kolej mara banting.perasaan jelez mula menguasai diri.aku berasa gila tension sebab aku mendapat persediaan di kolej di penang,yang nama nye aku tak penah dengar.abaikan nama itu.sekadar singkatan aku beri,AMCS,tau tak?

bayangkan,hari ahad ni,aku mula nak pergi ke UM,tapi dalam masa yang sama,aku mendapat Mara semalam(jumaat).malam hari jumaat tu juga aku bergegas ke klinik,untuk melakukan medical cek up,dengan hasrat hati,untuk menolak MARA,dan menyambung ke UM,atas sebab,rakan2 aku ramai di sana.tapi,lepas dah di google tentang kolej ini,dan di mana tempat aku menyambung belajar selepas belajar di kolej ini untuk tempoh 3 sem insyallah,membuatkan aku kembali bersemangat untuk menghadapi hidup yang fana.petang semalam,aku dah siap kol zuhir,cakap aku akan pergi ke UM,dan dia sanggup menyimpan bilik,dan memilih aku sebagai teman bilik.tapi tu lah,malam tu,aku dah ubah fikiran untuk memilih Mara sebagai medium untuk menyambung pelajaran aku.aku rasa kat kolej sana,aku mana ada kawan yang aku kenal,nampak nye,aku kena mula hidup berseorang dan mencari kawan yang baru di sana.betul lah orang kata,kadang2 nak kejar cita2,jangan pandang di mana tempat kita belajar,tapi,pandang pada ilmu yang kita dapat dekat sana.kejar cita2 dulu,bukan pikir nak seronok je kan.

aku rasa baru je aku masuk tadika,tapi skang,semua member2 aku dah mula nak sambung belajar ke U dah.tengok la keadaan sekeliling,semua membesar,takde dah,zaman kanak2.nah,skang zaman untuk ko belajar,dan saing 1 sama lain.hari ni,budak2 UIA mula masuk.esok,aku rasa,majoriti budak asasi dah mula masuk U kan.pada member2 aku yang tak dapat apa yang di mintak,sabar lah.sekurang2 nye,kita ade tempat belajar yang lainkan.bukan semestinya yang fly je boleh berjaya,orang belajar kalau bersungguh,banyak lah yang ko dapat.nanti kita jumpa lagi,dalam 10 or 15 tahun akan datang,dan tengok semua berjaya dalam bidang masing2 ok.kejar dulu cita2,tapi,jangan lupa kan family kawan semua...:)

p/s-gudluck untuk semua..^_^

Tagged dari Puan Dja..:D

3 names in your messages inbox
Kirin,Zuhir,Mimi

Your main ringtone
takde gedik2 nak ringtone,gegar2 je,haha

What u did at 12 last night?
watching goals of the season at espn channel

Who was the last person you went out with?where?
with Haziq Shazli.pavillion,ok,tipu,Jusco Ipoh sudah.

The colour of T-shirt you're wearing now?
RED


The last thing U did?
typing an "n" alphabet,(paham tak?paham2kan)

3 of your everyday favourite items?
laptop,mp3,handphone(common gile)

The colour of your bedroom?
plain white

How much money in your wallet now?
rasa nye,duit syiling je banyak2 ada,dompet pun ntah,tercampak kat mana,nanti aku cari la balik.

How's life?
thankful..:)

your favourite song?
ntah,tapi lagu nasyid la,eh,ape gelak2?

what will u do in next weekend?
aku dah start masuk U da kot.kena belajar balik..:(,eh silap..:)

When was the last time u see ur mum?
takde last time2,ade depan aku skang.

where is she now?
tadi tengah jawab kol,skang nak pergi kerja dah.eh,tak,tengah seterika baju,nanti baru pegi keje.(spesifik tak)

who is the last person talking to u last night?
kakak aku,pelik kenapa aku tido awal semalam,selalu lambat..-_-"

the last suprise u got?
takde suprise2,hidup aku semua rilek je,haha.eh,ade 1,ha,cek laman web mara,ingat dah keluar,tapi tak jadi keluar,apakah?

last thing u borrowed from ur friend?
tak ingat,sebab rasa cam banyak je aku pinjam,haha,err,maksud aku,pinjam budi,hehe,cheh~

who is your bf/husband?
gile?

what did u fell right now?
lapar la plak.

wanna share with who?
taknak aku share makanan aku.beli sendiri.

who knows your secret?
Allah s.w.t..:)

He keeps your secret?
terserah kepada DIA untuk menentukan dan balasan pada aku..:)

are u angry with someone?
tak.hidup kena ceria..:)

what do u order at McD?
aku diet skang.

the last time u feel sad?
lepas interview Mara..:'(

I'm passing this to?:
ntah la,malas nak passing2,aku kasi semua,nah,ambik.haha