It's saturday

Salam.tiba-tiba bangga pulak dapat update blog dalam tempoh masa kurang dari sebulan.hehe.Alhamdulillah,aku baru baik dari demam denggi,di mana cuti raya cina aku selama seminggu tu separuh aku habiskan stay dekat ward kat ipoh ni.

Sakitnya demam denggi tu dengan pening kepala,demam panas,perut tak selesa,rashes gatal2 dan macam2 lagi.Allah,selama ni baca dekat buku je,sekarang nah Allah bagi cash kat aku suruh belajar ingat symptom denggi macam mana.Takpe,yang penting dah sembuh.Anggap ni kifarah dosa,nak cucikan diri tatkala diri banyak lalai semua :)

Terharu aku bila Dr n kawan2 yang hari2 mesej tanya khabar macam mana semua.berkat doa semua,Alhamdulillah dapat sembuh.banyak betul terharu rasa.part paling terharu bila hari dah sembuh tu pergi melawat rumah opah.sedih aku tengok opah aku menangis tengok aku dah sembuh.punya lah cover diri kononnya cool tak sedih.Bila diri ni down ke stress ke,kena sedar diri,ramai orang yang care pasal kita,kita je kononnya fikir hidup independent la ape la.Bukan ke kita hidup kena saling melengkapi :)

Oh ya,ni cuti panjang last yang aku.esok dah kena balik ke HUKM tercinta yang masih lagi dalam usaha cuba untuk mencintai.nak sedih,sedih tak boleh.dah tahun 4 sem 8 pun takkan nak sedih lagi.Lepas ni ada long case examination psychiatry then masuk posting triad.janji kena usaha betul2.Betulkan niat belajar lillahitaala.Lepas ni jugak akan pindah masuk ke hostel IPG.harap semua2 nya baik belaka.

harini jugak,kawan kepada kak mirah dah datang rumah.harap semuanya berjalan lancar dan kak mirah punya hidup diberkati Allah selalu.it's good to see smiles from them-my sister,my parents and all,including me.Tiba tiba rasa umur 23 ni banyak betul turning point,and surely I'm getting ready for myself to get through it.Tapi at the same time,i miss my childhood too.Is it time to say goodbye?

okay lah sampai sini je nak tulis.time to pack my belongings.oh,Perak lawan lions malam ni.. :D

p/s-Dah tiba masa kena kurang dengar lagu2 lagha.mari mendengar nasyid supaya hati tak kotor :)

Things that I love the most

Salam.Dah masuk tahun 2015 dah.Cepatnya aku pun tak sedar.Sekarang ni,aku dah dekat HUKM cheras,tahun 4 sem 2.haih tua dah.Umur dah nak masuk 23.aku mula tulis blog umur 18.walaupun update setahun sekali jadi la.kira okay la ada diari setahun sekali :D

Alhamdulillah,aku pass posting paediatrics dengan orthopaedics last sem,sekarang ni posting psychiatry then lepas tu triad(ENT,opthal,anaes).Harap2 boleh lepas masuk tahun 5,doakan aku :)



 Klik untuk mendapatkan feel :p

how can i sum up my 2014?well,up and down then down then down then up then down balik kot.haha.penat jugak nak hadapi itu ini,tapi tapi,aku kan lelaki,so lelaki ni biasa la kena tabah sikit,kalau tak camne nak jaga family :p

Things were so smooth last year,that I dont even think that i'll face this problem,but who are we to question things that are beyond our understanding?

No matter how honest you are,care others first though it hurts you as well.Well,I am wrong to think eventhough you are trying hard,but if others dont want to be in the same possession,what could i say? :)

tapi,since I was in my primary school,the word 'giving up' never across me.I'm trying to be better,time by time,well becoming a good guy really consume wealthy of time.Life long learning,a wise thing to say.

It's good to know,while i'm knocking down,my friends and family will always be there.people that I trust and love the most.

oh,related with the title above,there are so much thing that i love,wheter it's already done,on the way,or just by imagination.

I'd love to spend my time here,place where I born and perhaps die,later.



  • Bandar.Ipoh bandar yang paling aku suka dan tak jemu.I was born here,raised here,my family is here,dan jugak makanan yang banyak dan sedap2 semuanyaa.

                                           
                                    
 Ipoh waktu malam.cantik tak,cantik kan :D       

Okay dah.tu je nak cite.jumpa lagi tahun depann,InsyaAllah :D



Bye bye JKM

Assalamualaikum w.b.t

"One can choose to go back toward safety or forward toward growth. Growth must be chosen again and again; fear must be overcome again and again". ~Abraham Maslow

rindunye nak menaip dekat blog ni.last update 8 bulan dulu,lama sangat ni.btw,sedar tak sedar,aku dah masuk tahun ke 3 medical school yakni clinical years.first posting aku JKM atau orang panggil public health.ni posting paling rilek skali dalam medical years,so aku pun terikut lah rilek sampai tak study ape-ape sepanjang 2 bulan ni.Asyik main game je aku ni.

I'm in holidays right now,sampai ahad nanti.ntah la,cuti rasa macam tak cuti,takut je selalu.takut dengan macam2.lepas ni,exam,then aku masuk posting internal medicine.dah start masuk hospital,lagi lah stress jawabnye,kena marah dengan doktor,kena clerk patient,dengan penat cuti sehari je seminggu T_T.tapi takpe,sampai bila aku nak rasa selesa je nak cuti selalu.

bagi aku definisi cuti ni makin besar die dah jadi lain.dulu aku suka sangat cuti sebab boleh keluar dengan kawan2,main bola tak ingat dunia.tapi bila dah besar,time cuti adalah cuti.duduk je rumah,tido,takpun siapkan assignment ke ape ke.

sometimes,i wondered myself,what on earth that i need the most?rasa macam ade kosong je kadang2.contohnye,bila dekat kolej,beriya nak balik rumah,tapi bila dekat rumah,nak balik kolej balik.sekarang ni,dah la tinggal sorang kat rumah sampai ahad ni.aih pening kepala,haha.nanti dah balik kulim mula la buat perangai rindu rumah balik."house is where the heart belongs,if there's mom inside it"

lastly,doakan aku berjaya lepas 3rd year dengan jayanya then dapat masuk 4th year,then 5th year then graduate jadi HO.eh senangnye terus jadi HO.tak jugak,aku tak tau apa yang aku kena hadapi lepas ni.harap,takdelah yang teruk sampai downkan aku.insyaallah :)


Alfatihah untuk arwah muaz(baju hitam merah),anak jiran aku,pakcik anuar.tiada lagi penghibur ketika more di bulan puasa untuk tahun depan dan seterusnya..semoga berjumpa di syurga kelak :)

Once a year post

Assalamualaikum w.b.t

Dapat jugak spend masa nak tulis dalam blog ni.bukannya dah tak berminat nak menulis,cuma asyik lupe je yang aku ni ade blog,hehe.cukup la aku buat blog ni tempat menyimpan kenangan yang tak seberapa ni.nanti bila dah tua ada cucu nanti,boleh terkenang2 kembali kisah lama,cei.

                               click video untuk mendapatkn feel


Alkisahnye,sekarang ni aku dah pun masuk sem ke 4.sekarang tengah belajar module GIT yakni module perut,hati dan seangkatannya.Insyaallah dalam beberapa bulan lagi,akan melangkah ke alam clinical,kalau tak ade repeat,insyaallah takde :)


So far,aku masih macam dulu,belajar sekadar bila perlu,lain aku pergi spend masa internet,lepas tu sanggup setiap minggu tengok bola pukul 3 -4 pagi kat luar.mana tak ngantuk dalam kelas esoknya haih.tapi nak buat camne,minat susah untuk dikikis :p

kisah budak md ukm aucms nak pindah ke kulim sampai tak ke sudah2.tapi kitorang rilek je,dah paham aucms camne sejak dari pre med lagi.tak kisah mana2 pun,kepala batas best jugak,dah ade mall baru semua,haha.tak sangka plak kepala batas dah boleh jadi bandar sekarang,ingatkan dulu milky baby land je paling up.tapi apa-apa pun,3rd year konfirm pindah hospital kulim insyaallah sebab memang clinical kat situ.tapi tak tau la aku dapat group mana nanti pasal nanti dia bahagi2 kan ikut hospital taiping ke,kulim ke or buat public health kat selangor 3 bulan.

oh ye,eom GIT Isnin minggu depan,n macam biasa,perangai aku seminggu nak exam baru pulun betul2(X pulun sangat la tapi).kawan2 rumah aku planning nak lepak ipoh rumah aku then pergi cameron.tengok la jadi ke tak.kadang2,time tu la nak kena setel itu ini.

lastly,some random pictures













The pathway

assalamualaikum w.b.t.

lamanya tak update blog.macam biasa,rindunya aku nak menulis.sedar tak sedar,dah 8 bulan aku tak log in account blog ni.baru lepas baca blog pucong n anas tadi.tiba2 rasa nak menulis jugak.:D

sekarang dah bulan 8,macam2 benda pahit manis aku dah tempuh.alhamdulillah,bulan 9 ni aku masuk 2nd year.betul2 rezeki aku dapat lulus sem 1 sem 2.dengan demam panasnye.teringat masa exam sem 2 hari tu.punya la bz sampai hari2 masa study week tido pukul 5 pagi,bangun pkul 11.dengan nak recall balik ilmu2 yang dah lupe,memang penat.tambah2 ade euro.sebagai peminat bola sejati,mana boleh lepaskan setiap match,cei.padahal dulu dah janji,german punya game je aku layan.exam pulak takde gap.straight je jadual dia seminggu tu.malam exam microb,aku gamble taknak tido.aku pikir takpe,nanti lepas exam aku boleh qada' tido sikit.lepas asar sambung baca MOD.malangnye,sebab aku spent banyak sangat masa study microb,aku takde tenaga langsung nk recall MOD malam tu.nak dijadikan cerita lagi,aku boleh plak demam panas n pening kepala.esok nak exam,tapi tak boleh study sebab pening.aku sedih gila masa tu,siap nangis.hahaha.teringat masa tu,tengok dorang semua study,aku dengan panadol dekat atas meja,paksa diri nak baca.K nasihat aku,"takpe pul,orang demam ni berkat die banyak,trust me"

aku last2,terus tido,tak study langsung.repeat pun repeat la,aku dah tak larat.esok time exam,sayu je tengok sorang2 study before masuk dewan,aku pulak sandar dekat dinding.pasrah dah,ape nak jadi,jadi la.Allah memang betul2 nak uji aku,aku dapat seat paling depan sekali depan lecture,n lecture ni plak memang jenis takkan bantu clarify soalan.so,im dead.time exam,aku redha je buat,ape2 yang ade dekat otak aku,aku tulis je.tapi betul la cakap K,orang demam dapat berkat.memang Allah nak tolong aku,ape yang aku baca n aku ingat,itu lah yang keluar exam.syukur gila masa tu.

Alhamdulillah,lulus jugak akhirnya semua paper.tapi,aku takleh happy macam tu je,ramai kawan2 aku repeat paper.harap sangat dorang lepas.dorang takde,memang tak hidup la life aku.

so far,hidup aku sekarang ok.tapi sejujurnya,macam2 benda dah jadi tahun ni.berat memang berat,tapi aku kena sabar je.betul la orang kata,lagi tua,lagi besar tanggungjawab.macam2 benda dah hilang dalam life aku sekarang,but life goes on.takpe,now kena concentrate dekat dunia medic je.kurang2 kan tengok wayang lepas ni,study jelah.haih.

Insyaallah tahun depan pindah kulim.rumah je tak tau macam mana,MARA tanggung lagi ke tak wallahualam.Dr bad cakap termasuk yuran yang MARA taja,tapi ntah betul ke tak.AUCMS ni banyak ragam dia.dari pre med dah jadi macam ni.

BTW,lama dah tak kontek kawan2 lama.ape khabar semua agaknya?...:)


someday,aku nak travel 1 dunia,n aku nak duduk tepi tower bridge ni sambil minum kopi tengok sampai jambatan tu terangkat.:p.told u,i will not stop dreaming.