BENGANG aku ngan jpj-kung

ape yang aku nak cerita kat sini pasal ujian memandu.dah jadi lumrah manusia sape2 yang nak memandu kena la ade lesen kan.so,aku pun amek la test jpj ari isnin lepas(22.2.2010)wa,lawa la tarikh ni.malam sebelum test tu aku dah semangat dah.aku pikir,abes la ko jpj,aku goda ko sampai ko kasi aku lulus.tapi tu kalau pempuan la,kalo laki,aku wat muke dak baek la.ok,aku ringkaskan cite,sebab aku tau korang dah start menguap dah.malam tu pun aku on9 myspace jap,aku tulis la kat status aku,"sok ade test jpj".aku pun dapat la beberape komen dari rakan2 aku yang bagi wish la lebey kurang(termasuk ngan kang..:p)ade kate gud luck,leklok dan macam2 lagi la ayat geli2 sket..haha.kepada kang,siap la ko.aku dapat lesen P aku tampal sticker P tu kat kepala ko...haha..ok,kembali ke tajuk asal.esoknye aku bangun la awal2 dalam pukul 6.40.eh awal la ni,besenye aku bangun mase ayam da start balek keje da,ni kira masa ayam nak pegi cari nafkah la.sume mesti pena dengar peribahasa "kais pagi makan pagi,kais malam makan malam".eh,betul ke?ntah,aku rasa cam salah,tapi malas nak betulkan balek,penat lak,haha.pemalas tul aku ni.lagi 1,aku rasa cam takde kaitan je peribahasa tu ngan waktu aku bangun tido.daadaa.aku start merepek blek,sbenanye aku rindu zaman sekola la,tapi aku malas belaja BM,sbb malas nak jawab pekse die.penat tangan aku nak tulis,same la cam sejarah ngan bio.nek merah da tangan aku nak jawab exam cm2.ok,cite sambung kembali.

tepat kul 7.15 pagi,pakcik yang jadi jurulatih aku pun,amek la aku depan umah.nama die haji saadul,amacam,name die klasik tak?haha,die seorang pakcik yang baek la,name je cmtu.sori2,takde kaitan pun nama ngan perwatakan seseorang tu..:p.ok,mase die nak amek aku tu,aku pun nak la amek dompet aku.sebab dalam dompet aku ade i.c ngan lesen L aku.sekali aku cari2 takde la plak dompet aku.ntah mne peginye,aku pun tak tau.masa tu,aku punye la cuak.time2 test jpj ni la die nak ilang,pdahal sebelum ni,time train2 kete,takde lak die sebok2 nak ilang.aku ckp kat pakcik tu,yang aku nak g cari dulu dompet tu,die kate  cari sampai dapat,sebab sume tu penting.die kate nanti sketg da dapt kol die,aku cari pnye cari,naseb bek la ayah aku tibe2 kol,tnye pasal test jpj tu.die la yang gtau mana dompet aku.rupenye dalam bakul baju adek aku.camne terlepas kat situ tah,die ade kaki kot.ok,aku tau tak lawak,jangan gelak,senyum pun jangan..:p.ok,diringkaskn cite(ringkas la sangat)mak aku sendiri yang anta aku g pusat latihan kete tu.

aku pun tunggu la turn aku nak amek test kan.aku nombor 1 sesi 3.lambat gile.ok bile da sampai turn aku,aku g la amek kete.nak g wat test bukit.test bukit pun aku lepas.wat lak test parking.aku ikut formula macam pakcik saadul tu aja.aku wat la kan mase parking tu,bile kete da masuk petak,aku kena la angkat tangan.sekali mase aku da angkat tangan,ade sorang pegawai jpj ni tiup wisel.suh aku kua dari kete tu.aku pelik la,apehal lak aku kena kua kan.bile datang dekat die,aku nampak la sorang pegawai jpj gemuk(obes kot)dialog aku ngan die..:-
aku          :ye pakcik,nape?
jpj gemuk:kamu tengok tayar kamu camne dalam petak parking tu.
aku          :owh,tayar suku tak masuk dalam petak tu kan?
jpj gemuk:ye,so kamu gagal la.
aku          :hah?gagal?bile kena wat balek ni?saya ulang balek bole tak arini gak?
jpj gemuk:tak boleh da.kamu kira gagal la ni.datang balek minggu depan.tu pun kalo ade kosong
aku          :(dengan muka mintak simpati)la,saya tak nampak la pakcik.saya rabun.ya allah,macam 
                  mana la bole jadi camni.astagfirullahhalazim....tolong la pakcik kasi lulus.
jpj gemuk:rabun?orang rabun takleh bawak kete..
aku          :la,saya tak bawak spek la pakcik.saya ulang la.tolong la..:(
jpj gemuk:sape suh tak bawak spek?
aku          :spek tinggal kat umah kawan
jpj gemuk:sape suh tinggal(siyez,mase ni aku rase nak tembak je muke die)
aku          :saya lupe la..
jpj gemuk:sila sign kat borang ni.
aku          :ok..
jpj gemuk:pegi wat test jalan raya ye...(senyum dengan misai melentik,aku bakar misai ko kang)

aku pun wat la test jalan raya.aku nye turn tak lama pastu.ade kete datang.masa tuk aku lak wat test.sebelum aku,ade sorang pempuan ni baru kuar dari kete tu sambil nanges2.aku tanye la,"lulus ke tak?"die pun jawab balek,"kalau da nanges ni,tak lulus la abang..".aku pun jawab balek.."ye tak ye,mana la tau terharu ke lulus"
die diam je.aku masa ni nak gelak pun ade,cuak pun ade.yela,sape tak cuak sebelum kite ade orang baru nanges lepas test kete kan.pegawai jpj yang same lak tu.aku tengok la muke die,wa memang garang la.muke cam nak kasi aku fail je.walaupun tak test lagi.aku pun masuk la dalam kete tu.aku buat bek la,bagi salam,tanya da makan ke belum,kuarge sihat tak ngan macam2 lagi la.die pun jawab ngan muka garang.nak bagi die ceria,aku panggil die abang,walaupun dari segi muke cam lagi sket nak arwah..:p

ok,aku bawak la kete tu hati2.takde pecut2.slowmotion je.gear sume aku tukar leklok.naseb bek aku lulus ngan die.die tak banyak cakap pun dalam kete tu.bile da abes test jalan raya tu,aku pegi la kat haji saadul tu.die kte sikit je lagi aku nak lulus.aku kena ulang la balek test parking.bayangkan parking 5 minit je,tapi sebab kan tu,aku kena ulang  balek minggu depan ngan bayar 130 tuk ulang blek.gile tul jpj ni.pastu,haji saadul tu kate,"takpe,ade hikmah tak lulus skang,mane tau spm stret A ke"aku jawab la blek."betul tu pakcik."tapi aku pikir gak,ape kena mengena test jpj ngan result spm?ah,bia la.dedua test kan..?

aku pun balek la umah,ngan muke tension la gak.ayah aku gelak2 je kan aku.aku ok je,duit ayah aku la kena kua lagi,haha.jahat gile aku.tapi betul gak,ade hikmah kan jadi camni,mana la tau,kalau aku dapat lesen awal,kang aku bawak laju2 sampai accident sume tu.takut gak aku.so,tak kisah la jadi bende2 camni.bile pikir2 balek,watpe aku nak marah kat pegawai jpj tu.die jalankan kerja die je.so,aku tarik balek tajuk post aku ni.sume jangan simpan dalam hati.haha,ok2,aku chow dulu..:D

Mr Os



korang sume ak ltk mende sje je.ak nie mnt giler citer yang Mr Os berlakon.lawak giler bai.aku igt lagi mse ak kecik2 dlu.ak siap gado ngan adek ak sbb nk tgk citer yg Mr Os belakon.Os nie org kuale kangso .Os tu singkatan Orang Sayong (Os) style ta dier nyer otak.bwahahaha.tpi an ak ta penah dpt jumpe ngan dier.ak arap r klo dpt jumpe dier ak nk suroh dier nyanyi lagu musin durian nie.hehehe.okey enjoy ek.
form kang

Apa Yang Lelaki Suka Dan Tak Suka

Lelaki suka:

  • Sikap kelakar
  • Budi pekerti dan kesopanan
  • Murah hati
  • Senyuman manja
  • Pandai memasak
  • Pandai dalam mengenakan pakaian
  • Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
  • Tak mudah naik angin
  • Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
  • Tak terlalu seksi dalam berpakaian
  • “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
  • Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
  • Berwawasan atau bercita-cita tinggi
  • Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
  • Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
  • Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
  • Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
  • Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
  • Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
  • Sikap keibuan
  • Sukakan kanak-kanak
  • Suara lembut tanpa dibuat-buat
  • Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
  • Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
  • Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
  • Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
  • Tahu bersyukur
  • Pandai berjimat-cermat
  • Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal
p/s bace r wei !!

Keistimewaan Wanita

Keistimewaan Wanita


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak  lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

p/s so ntok sume laki kite kne igt pompuan nie ade gak kelebihan yg tak ade pade kaum lelaki.walaupon kaum laki n pompuan beza cam langit dan bumi.tapi kite saling memerlukan.sape lah bumi tanpa langit.dan sapelah langit tanpa bumi.
so igt kaum wanita merupakan kaum yg istimewa ntok kau lelaki. 

salam.

aloo.
pe kabo.kang yg tulis nie.
sori r pade anda sume.da lme ta update blog.
sbnrnye ak ngan kung cdg nk stat citer psl ostel.
tpi ta sempat wooo.
so ak ngan kung cube r try crik mse.

so ak gantikan citer ostel ngan citer laen
hehe.
ak harap korg sume enjoy bce.

info info psl hantu from kang.

1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak - wanita berpakaian serba putih membalas dendam.

Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya.
Dalam kebanyakan cerita seram yang ditunjukkan di televisyen menayangkan bahawa hantu puntianak membunuh mangsanya dengan menghisap darah di bahagian tengkuk mangsa. Namun begitu di dunia yang nyata, tiada kes yang menceritakan ada manusia yang mati dibunuh oleh puntianak.
Ejaan pontianak adalah lebih popular dikalangan penutur Melayu dengan 883,000 keputusan bagi untuk pontianak di Google, berbanding hanya 557 untuk puntianak. Oleh itu keputusan menukar ejaan jelas kurang popular dan tidak diterima secara meluas dikalangan penutur Melayu.
Pontianak (puntianak) juga merupakan nama ibukota Provinsi Kalimantan Barat di Indonesia yang tidak ada kaitannya dengan makhluk halus.
Namun secara tidak langsung, sebenarnya nama Kota Pontianak (Ibukota Kalimantan Barat) ada kaitannya dengan hantu pontianak tersebut.
Tersebutlah kisah, ketika Syarif Abdurrahman Al-Qadri pertama kali mendirikan Kota Pontianak, ia dan rombongannya sering diganggu oleh hantu pontianak ketika menyusuri Sungai Kapuas yang merupakan pintu gerbang Kota Pontianak dari arah laut cina selatan. Maka untuk mengusir hantu pontianak tersebut, ditembakkannyalah meriam. Sekaligus dimana peluru meriam itu jatuh, maka di situlah akan didirikan kesultanan. Maka peluru meriam itu jatuh pas di simpang tiga Sungai Kapuas dan Sungai Landak yang kini lebih dikenal sebagai kawasan Beting-Kampung Dalam Bugis-Pontianak Timur. Itulah cikal bakla Kota Pontianak. Nama Pontianak sendiri diambil dari nama hantu pontianak yang sering mengganggu Syarif Abdurrahman Al-Qadri. Syarif Abdurrahman Al-Qadri sendiri akhirnya menjadi Sultan Kesultanan Pontianak yang pertama (sekitar abad 17).
Kini Keraton Qadriah dan Masjid Jami' Sultan Syarif Abdurrahman masih berdiri dengan kokoh di kawasan Beting dan Kampung Dalam Bugis-Pontianak Timur, sebagai saksi bisu kejayaan Kesultanan Melayu Pontianak-Kalimantan Barat-Indonesia


2. Polong –

Hantu Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.
Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.
Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.
3. Toyol - hantu kanak-kanak bogel
Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka
4. Pelesit - boleh dipelihara
Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.
Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka
5. Hantu air - dalam air
Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu menbahayakan mereka yang bertembung dengannya.
Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.
Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.
Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak

6. Hantu raya - boleh dipelihara

Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.
Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.
Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan

7. Hantu bungkus - makhluk ghaib yang dilihat berbungkus dalam kain kafan.
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut, merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.
Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergoleh. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

8. Langsuir - perempuan
Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati.
Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu.
Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka.

9. Bota - makhluk besar hodoh menjelma dari dalam tanah.
Bota ialah sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar daripada tempat persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja dan amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar.
Kebanyakan masanya dihabiskan di dalam tanah dan jarang dilihat oleh manusia. Menurut nenek-nenek tua di kawasan ini, badan gergasi Bota ini menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di kawasan berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah padi di mana ikan puyu dan tilan biasa ditemui. Makanannya didapati di dalam tanah juga dan sesekali akan mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau haiwan. Manusia dan haiwan bukanlah makanan kegemarannya kerana ia hanya keluar sesekali sahaja terutama pada rembang petang.
Gergasi Bota ini dikaitkan dengan kehilangan seseorang. Jika seseorang penduduk didapati hilang, mereka percaya Bota yang bertanggungjawab dan penduduk tersebut telah melanggar pantang 'kewujudan' Bota di sesuatu kawasan. Anehnya Bota ini tidak banyak tapi boleh berada di mana-mana sahaja terutama di kawasan Sungai Perak.

10. Bajang - makhluk aneh

Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.
Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.
Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.
Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.
Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan

p/s jangan toleh belakang weiii!!~~

kisah aku masa di smka azlan syah(jangan baca sorang)-kung-

ok,tanggal tarikh bape ntah,aku tak ingat,lepas aku dah elok dari patah jari kaki(post aku yang dulu2 aku ade cite pasal aku patah jari)aku pun masuk la balek SMKA tu.aku sampai2 je kat sana,aku memang da pakai baju batik.sebab aku pikir,skola asrama ni memang pegi balek dari skola 2 kena pakai baju batik.aku lak first time pakai baju batik,so aku pegi la tuck in baju batik tu masuk dalam seluar.aku pelik la masa sampai2 je kat skola 2,sume orang pandang2 aku.pastu ade la sorang bro ni tegur aku.sambil berbisik kat telinga aku,"adek,baju batik takleh tuck in la."aku pun menjawab(konon nak bangkang la),"apsal xleh lak?bukan protokol die memang camtu ke?".brader tu pun menjawab kembali dengan muka berasap,"adek,abang x penah dengar pun protokol sebegitu rupe"aku pun membalas kembali,"tapi sekolah asrama ni bukan sekola skema ke?so,sume baju kena tuck in la kan?"brader 2 pun berlalu pergi sambil tangan beliau menyuruh aku tuck out baju batik tu.ok,aku tau ayat aku skema,tapi aku wat2 skema je,sbenanye aku tak skema.percaye la,tolong la.ok,malam tu aku pun masa nak tido,senior2 dorm pun kononnye nak mulekan muzakarah la.aku pun kenalkan diri aku sume.pastu bape minit kemudian,senior2 tu bole lak cite2 pasal hantu.adoi,aku baru masuk da nak cite.hampeh tul la.tapi takpe,aku layan je la.ok,dorang de cite pasal 1 kisah urban legend la yang jadi kat skola tu.ni kisah pasal green lady.gadis british yang jadi banduan masa perang dunia ke 2 dulu.nak dijadikan cerite la,kapal terbang yang perempuan tu naek,terhempas belakang sekola aku.sume maut dalam kemalangan tu.tiada sape yang terselamat.wah,macam pembaca berite lak an.takpe,aku tau tak lawak.
sambung blek pasal green lady ni.ok,die tu pakai rantai besi kat kaki.ala,macam banduan2 len yg korang bese tengok kt cite2 tu.nak disedapkan cite lak,die ni akan muncul kt tarikh2 tertentu je(mengikut cerita senior2 aku yang x dapat nak dipastikan kesahihannye).ade kate die muncul tahun lompat je(29.2).aku pun mule la cuak tapi disebabkan aku ni sorang yang gentleman(tak tipu..:p)aku pun wat2 la berani kan.malam ari pertama aku tido 2 ok lagi.masuk malam ke2,aku ttibe bangun malam sebab aku rase cam ade orang kejut aku.aku da start rasa cuak.aku punye katil sebela tingkap.aku pun pandang la luar.tibe2,dari jauh aku nampak ade orang jalan2 kat koridor tu.aku mule2 pikir sape la jalan tu.tibe2 baru aku rase pelik,apsal ade orang leh jalan kat koridor belakang tingkap ni.gile pe jalan kat situ.aku mule rasa cuak da.aku pun wat2 la tido an.yang peliknye,bape minit pastu takde lak aku rase orang lintas kat tepi tingkap aku.aku pikir,"eh,mana pegi orang yang lintas kat blakang tingkap ni?".aku tengok memang takde orang langsung.aku pun duduk jap atas katil,sambil pikir2 ape aku nampak tadi.bape minit pastu,member aku dalam dorm name die aizuddin,bangun tetibe.aku punye la terkejut,pastu die mule meracau2.aku ingat lagi die sebut ayat ni,"aku nampak bende tu,die lintas depan aku tadi!!aku nak kejar die!!".pastu die pegi kat pintu dorm aku,pastu sepak sampai patah mangga.yang member aku ni pegi luar pastu mata die cam melilau2 cari bende pe tah,pastu die nak g terjun bangunan lak.die nampak ade" bende" naik atas bangunan kot(sebab aku tengok mata die asyik2 pandang kat atas bumbung je).aku yang memang da cuak ni beranikan la diri panggil name die kuat2.die pandang aku ngan mata merah pastu tibe2 balik kat katil die.aku memang takut gile mase tu.yela,baru je 2 ari kat sini da jumpe kes2 camni.cmne tah aku leh tido pastu.yang aku peliknye,nape la sume orang tak bangun dari tido masa si aizuddin ni jerit2.esoknye,aku tanye la si aizuddin ni yang die sedar tak die ngigau semalam.die kate tak rase pape pun.nyenyak je tido.aku kate dalam hati,"yela ko nyenyak,terjerit2 ngan tendang2 pintu,ko nyenyak gi?aku yang bangun ni da takut gile,adoi"start dari aritu,aku memang takleh tido lebih dari 2 jam setiap ari.walau ngantuk camne pun aku malam tu,pukul 2 pagi je mesti aku bangun tibe2.seb bek bende tu tak muncul depan aku,sebab dorm aku dah dipagar oleh sorang ustaz ni.masuk bulan 6,aku mintak kuar dari sekola tu,sebab aku da tak tahan stay situ.separuh mati gak aku nak mitak pindah sekola dari parents aku.las2 dapat gak aku pindah g anderson.kat sini baru aku tak kena kacau sume tu.sebenanye,sepanjang temph 6 bulan aku kat smka 2,aku pena gak kena kacau,tapi die kacau dari luar drm la.contoh cam bunyi2 sore tu bese la.ok la,aku nanti aku sambung lagi cite.aku mase tulis post ni,aku de kat umah sorang2,so paham2 la perasaan aku mase ni.ok,salam


p/s=korang yang nak bace ni perlulah ditemani orang2 dewasa untuk mengelakkan diri dari takut terlebih2..:P

jawapan terbaik akhir zaman-kung-

ni ade g jawapan terbaik dr rakan2 kite di malaysia,yela xkn rkan2 kite kt brazil kot..tp dorng kreatif la,ak x pena pn trpkir jwapan cmni la,bgus la,t ak nk wat cmni gak la(xkn kot,psl ak da abes skola,huahuahua)ok,kt bwah ni sume gmbr2 kertas pekse yg dorng  jwab mse exam,ak snap mse dorng tgh jwb kertas 2.gle x gle la ak,time org jwb paper fizik ak g kt meje dorng pas 2 ak g snap gmbar kertas pekser dorng.mau x kna mrah ak ngan cikgu ak,yela ak nye kertas pekser kosong je,dorng ok la de gak jawapan.da2,ak da merepek lak ni.ok tanpa mmbuang masa(buang masa?memang slalu pn ak buang masa)ak nk tnjuk pic2 ni










 




 



 

  


ak rse la kn,lpas ni xyah ade da kot exam2 fizik sume ni,psl jwapan die dak tadika pn da leh jwab kot.ak pn xde nk komen pape,psl ak tkut lak t,ank ak wat cmni lak an(wauu,ank!!..:D)sila tngglkn komen anda di komen bos.kerjasama anda amat dihargai.tlongla,ak merayu,jgn smpai ak nanges.adoi,mrepek je x abes2 ak ni.lyan jela eh..so,xde ape ak chow dlu tau,tlong rndu ak..haha

karangan ak tibai dr google(srius lwak)-kung

 


  


  



  


kalau korng nk tau ni la karangan bdak2 skola skarang,ak x tau la cmne cikgu2 ni nk tnda kertas esei cmni,klo ak jd ckgu 2,ak amek petrol pas 2 ak siram kt kertas2 ni,pas 2 amek mancis ltak ats kertas ni,snang sket..korng pena x wat esei cmni?ha ,kntoi..XD

bdak2 tadika skang-kung

budak tadika

Budak Tadika
Suatu pagi di sebuah TADIKA KEMAS yang terletak di Jalan San Peng;
Cikgu : Baik anak-anak murid…. pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Fairuz, macam mana bunyi ayam berkokok?
Fairuz : Kok kokk kokkkkk!!!!!
Cikgu : Bagus Fairuz… Amy, buat bunyi kucing pula..
Amy : Meowwww
Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya…. Udin, buaya bagaimana pula bunyinya?
Udin : Fewittt! Hai, Cik Adik! seorang saja…? Abang temankan ya…
Cikgu : Bunyi buaya apa tu??? Udin : Buaya darat cikgu!!

pandai2 la korang phamkn eh..XD

fikir positive(ak amek dr google,bes dow)-kung

Budak bijak lagi Suci

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang
muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : 'Apa
sebenarnya masalah awak, Abu?'

Lalu Abu menjawab, 'Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya
menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada
di tempat yang sama juga!'.

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara
Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada
pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan
jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan
baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada
Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.


Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR
dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua
memandang Cikgu Murni dan berkata, 'Saya rasa murid ini sepatutnya berada di
darjah 6', Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, 'Saya ada soalan saya
sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?'. Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf 'K' akhir dengan 'A', ianya
berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna 'pink', bila keluar lembik
dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus
menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara
duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak
menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya,
okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah


Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak
teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas
Nescafe 3 in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan
meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak
hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu
Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan
masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of
heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' if you dont get
it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men
than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife
after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of
veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata 'Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya;
jawapan yang saya fikirkan semuanya salah'.

kesimpulannya,jwapan kt dunia ni pelbagai,jd jgn la korng pkir 1 hala je..ak tau rmai pkir cmni kn?haha