Dont give up

assalamualaikum n haiii..:)

Once again,lama gile aku tak update blog.well,actually nak update blog bile ade good news je,but takpe,langkah je la.saje,aku taip entry ni malam2.fresh sikit.lately,banyak bende dah jadi kat aku.bende private but,lambat laun,kantoi jugak.so baik aku citer je.tu pun kalau ade yang bace lah..:)

sepanjang bulan ni,aku frust je keje.tapi sekarang dah ok la kot.first mule dengan result ielts,lepas tu placement dekat ireland pulak.dah down gile aku,mule2 dapat tau tak dapat.jangan jadi macam aku,give up je mule2.sampai rasa macam,nak stop ambik medic,tukar jadi lain,chef ke,ape2 lah,haha.tambah2 lak,orang2 penting aku dapat,aku tak dapat bayang dah camne pisah 5 tahun,rasa macam dah sampai penghujung plak,haha.

thanks dekat family aku,kawan2 aku,yang sentiasa support aku masa aku tengah down gile tu.rasa macam down masa aku form 1 dulu.hal lama biarlah.

aku ingat lagi,masa aku tengah tension tu,mak aku lah yang susah payah pujuk aku.die bawak aku pergi makan2 kejap kat luar.2 orang je.we had a heart to heart talk..:)

ingat lagi ayat die,"kalau Allah tak letak tempat kamu dekat ireland tu,maknanye,bukan tempat yang terbaik lah tu.rezeki kamu dekat sini,takpelah.dekat dengan family kan?spend banyak masa dengan mak,nanti jadi doktor,dah kurang masa kan?hope u shine the brightiest..:)

This is mak..:)

then,aku mule dah boleh telan semua benda dah,eventhough pedih,sebab impian dari kecik kan.majoriti tak dapat fly budak course aku.takpelah,takde rezeki.bukan sebab result kitorang teruk,bukan sebab ielts,tapi sebab tak pass interview je.ramai je budak kolej aku ielts tinggi2,result 4 flat semua,tapi tak dapat.ketentuan dari Allah,mana boleh lawan..:)

bersyukur lah aku dapat family yang supportive,yang tak down kan aku,but lagi boost spirit aku.ayah aku sanggup buat macam2 nak naikkan semangat aku.Last2,die sanggup pergi pejabat mara kat Kl,awal2 pagi pukul 5 bertolak,hantar appeal letter for 2nd interview.Alhamdulillah,pihak mara cakap,sape2 yang lepas pointer and ielts,dapat 2nd interview.aku dah bersyukur gile dah,eventhough aku grieving lagi masa tu,sampai semua orang cakap aku nampak kurus and tak sihat,haha.ini bukan aku ni,jenis tension2,nak aku yang dulu..:)

now,aku tengah prepare for 2nd interview aku,6 julai ni.aku akan buat yang terbaik,and if tak dapat jugak,aku tahu,memang Ireland bukan tempat aku.next time maybe.If dapat,aku janji takkan main2 belajar dekat sana,sebab aku tahu,bukan senang nak dapat golden ticket ni.aku akan ingat sampai bile2..:)

Friends,pray for us..:)


Shall this little light guide us passing through the tunnel.Dont give up friends,wel'll be faced it together..:)




p/s:fuh,first time main luah2 perasaan.malu plak.hehe