ENTAHLAH....

salam..

aku tak tau la kenapa la aku gile malas nak update blog.otak aku macam takde idea nak tulis itu ini.rasa macam banyak benda nak cerita,tapi bile bukak je blog,dah hilang semua cerita2 dalam otak aku ini.semacam suatu kompilasi kat minda aku.apa aku cakap ni?-_-"

tadi aku kena kerah dengan kakak aku,suruh hantar kawan die ke stesen bas.kawan kakak aku tumpang rumah aku sehari.semalam die tidur pukul 3 pagi.aku plak 9 pagi.nampak tak beza die.kire nye,normal la tu kan.pagi gak dedua.bezanya,waktu aku tidur adalah waktu untuk orang breakfast dengan siapkan kerja.nampak sedikit tidak normal di situ.tapi,kite abaikan.ok,tengah2 aku tido tu,dalam pukul 1 petang,kakak aku suruh aku bangun,mandi ngan solat sekali.lepas tu,pergi drive kereta,bawak pegi stesen bas,BSN,dengan the store.ceh,mentang2 la aku dah ade lesen P(highlight sikit),die suruh bawak ke situ,sini.die kata,ala,dah ade lesen mesti mana2 boleh bawak kan?takpe,aku tak kisah,tunggu la die dah ade lesen nanti,tau la aku buat apa.jangan nangis lepas ni,kalau aku suruh die drive pegi UK sana.yela,kan die kata,dah ade lesen,mana2 boleh bawak.UK tu,kira nye boleh bawak la kan,ala,pandai2 lah die.letak kereta atas kapal ke,pastu,naik la flight,sampai UK,ambik la kereta kat kapal tu.eh,apehal aku nak semangat nak cerita pasal bende ni,arghhh.tadi,die tengok aku muke penat je,die suruh aku tido blek,dalam pukul 2 die suruh bangun.aku cakap kejap2,las2 bantai tidur sampai pukul 3.15 camtu.padan muke die.ok,masa aku drive kat tengah bandar tu,ade traffic jam.pastu,ade plak polis traffic jaga kat tengah jalan tu.nak di jadikan cerita,kereta aku kat paling depan dekat traffic light tu.betul2 depan aku,polis traffic tu.lepas tu,die suruh la aku jalan kan,isyarat tangan la kirenye,suruh jalan.lepas tu,aku lintas depan die,die pandang je muke aku.aku buat muke biasa je.ade la cuak sikit2 muke aku,tapi aku kaver la.haha.kakak aku kata,kamu depan polis kena buat muke biasa,jangan muke bersalah je,polis pandai main psikology n bla,bla,bla....ntah,aku dah tak dengar dah die cakap ape.aku punye kereta dah la takde stiker P,kang mati aku kena merit 10 mata kang.tu pasal la kot,polis tu usha je muke aku.yela,muka remaja macam aku,bawak kereta,takde stiker P.mestila die pelik kan.dah la,aku bawak kereta dalam keadaan mengantuk.adoi.

aku tak tau la pesal,aku dalam waktu2 orang tido,aku aktif.waktu orang tak tido,aku tido gile lama.tengok la sekarang,dah pukul 4.30 pagi.aku sure,korang sume dah tido masa ni.kecuali die ni dan die ni,gile tak aku,pegi kol anas pukul 3.30 pagi,yela baru aku ingat,masa ni,orang dah tido.owh yeke,aku ingat,orang sume tido lambat2 kan.yela,remaja 18,sweet 18,HAHA.adoii,ape yang sweet ntah.biasa je.lagi 1,harini,hari jumaat ke?arghh,baru aku tau,adoii,kena tido awal la jawab nye,nak pegi solat jumaat.kang terlepas naya je.ok,bye,salam.mintak maaf post yang merapu kali ni.