salam...
dah lama aku tak update blog.bukan ape,aku sibuk buat macam2 bende.sibuk la sangat.sebenanye,aku pergi genting 3 hari dengan member2 aku.tu pasal aku tak update.dah tu,hari2 lain?err,aku malas.senang cite.sempena hari ibu ni,aku nak cerita la pasal mak aku.boleh tak?mesti la boleh.takdenye kalau aku cerita pasal mak aku,aku kena hantar pegi ISA.gila tak adil.ok,sambung kembali~
ko tahu tak,mak ni 3 kali sebut,baru datang ayah kan.mak aku memang macam2 die dah buat untuk aku.aku ingat lagi,dalam tahun 1997,mak aku nak hantar aku pergi tadika,tapi aku taknak.masa tu,mak aku la yang kena uruskan persekolahan aku dengan kakak aku.masa tu,ayah aku tak balik malaysia lagi sebab die ade kerja dekat jordan sana untuk beberapa bulan.kira nya,mak aku la yang jadi ketua keluarga kan.masa dalam tempoh sekolah dah start awal2,mak aku usaha hantar aku pergi tadika ni tadika tu.tapi aku taknak.aku nak duduk rumah je masa tu.dalam usaha mak aku nak tarik perhatian aku suruh pergi tadika,die beli la macam2 barang.ala,barang2 macam mainan sume tu la.bile aku dah tengok barang2 tu ade dekat rumah aku,aku mule la minat nak pergi tadika kan.start hari tu,tiap2 hari la mak aku hantar aku pegi tadika tu.aku ingat lagi,dalam pukul 3.30,mesti aku nampak mak aku tengah tunggu dalam kereta dekat luar tadika tu.ada sekali tu,hari jumaat,dengan suasana hujan,aku sorang2 dalam tadika,orang lain semua dah balik.masa tu,dah senja dah,dalam pukul 7 petang camtu,mak aku datang dengan takde payung,basah2 pergi ambik aku dalam tadika.nak elakkan dari aku terkena air hujan,die pakaikan aku jaket die.aku tanya mak aku."mak,kenapa tak pakai jaket?mak aku jawab balik,"sebab taknak kamu demam,nanti kamu demam sapa yang mak nak hantar pergi tadika nanti?lepas tu,aku macam marah mak aku,kenapa ambik lambat?mak aku mintak maaf dekat aku.dia tadi pergi hospital,sebab die mengandungkan adik aku.dengan ayah dekat jordan nye,mak aku la yang uruskan diri sendiri.tapi aku tak tau apa2 kan,aku pergi bantai pukul mak aku kat kaki.yela,masa tu aku pendek lagi,pukul pun tak kuat.mak aku senyum je pastu angkat aku masuk kereta.senyap terus aku.padan muka.
bile pikir2 kan balik,banyak la mak aku dah buat untuk aku,adik beradik aku,aku tak mampu nak tulis kat sini.banyak sangat.yang aku ingat pun berapa je la.aku tengok kesungguhan mak aku,nak tengok anak2 die berjaya semua kan,kalau boleh,biar lah habis berapa pun duit,yang penting,ilmu kena kuasai.aku dah selalu sangat tengok,dalam pukul 4 pagi,mak aku akan bangun,sediakan makanan tengahari ngan sarapan aku.lepas tu,buat semua kerja rumah.habis je keje2 tu,mak aku terus siap nak pergi kerja.bukan dekat tempat kerja mak aku,dalam 40 km la dari rumah aku.dalam pukul 7 petang mak aku balik dari kerja.
waktu kerja mak bapak aku,bataskan masa aku,untuk jumpa dorang.dah la aku dah duduk hostel 5 taun,lagi la jarang jumpa.nak sambung belajar lagi ni,kira lah masa yang aku ade.betul lah orang kata,makin ko membersar,makin jauh la dari family.hargai setiap masa yang ade.jangan sampai mak bapak kita dah takde,baru nak menyesal semua tu kan.aku banyak dah buat silap kat mak aku.bukan mak aku je,ngan ayah aku,adik beradik aku,kawan2 aku.memang lah kadang2,kita rasa,mak asyik membebel je,bosan dengar.tapi,jangan rasa kehilangan,bila 1 hari nanti,ko dah tak dengar dah bebel2 mak ko.ko mule rasa rindu dengan suara die,cara die panggil ko.ko akan rasa semacam suatu kekurangan dalam hidup ko,kalau orang yang kite sayang,mule tinggalkan kita sorang demi sorang.
mak aku pernah kata kat aku,rasa sekejap je umur dah tua.sekarang umur dah nak masuk 50 tahun,rasa baru je berapa tahun lepas dari spm.masa makin cepat berlalu,tanggungjawab makin besar.dan 1 hari nanti,kite semua akan hilang semua ni.memori dengan keluarga,dengan kawan2,perasaan lepas habis spm,sesorang yang support ko bila ade masalah.bila sampai waktu die,kite akan rasa semacam suatu perasaan sunyi,dan aku tak heran pun,kalau masa tu,aku akan nangis.bende dah lepas,biarkan kenangan lepas tu,ko sekadar imbau balik je,tak lebih dari tu.itu lah kepentingan memori dalam hidup kan.macam2 ko boleh belajar.kadang2,pengalaman orang lain yang membentuk corak hidup kita kan...:)
sampai ni je la merepek aku kali ni.abaikan ayat2 aku yang tak tentu hala tu.lepas ni,bile nampak je ibu sendiri bangun dari tidur,syukurlah die masih hidup.ko masih ade masa lagi untuk luangkan masa lagi,dan paling penting,masa untuk ko mintak maaf,sebab banyak buat dosa,bagi mak kite sakit hati.lepas ni,kalau mak dah takde,ko nak mintak maaf kat sapa lagi?bukan lah sebab hari ibu ni,ko nak kasi hadiah banyak2,mahal2.ala,bukan nye mak tak mampu beli kan.tapi yang penting,apa yang ko dah buat untuk mak ko,apa yang ko buatkan mak ko gembira.dah mak sendiri mengangdungkan kite 9 bulan kan.ingat senang ke nak mengandungkan ko yang obesiti tu?surga bawah tapak kaki ibu,ikut cakap mak,bawak ko kat syurga,betul kan?..=)
ok,salam...
p/s-saya gembira dengan hidup saya..:)