TAHNIAH UNTUK SEMUA..:)

salam.

jam 3.00 petang semalam,sekembalinya aku dari solat jumaat,aku terus drive balik rumah di ats keexcitednan aku nak cek result biasiswa MARA aku.online je facebook,semua orang aku tengok macam cuak je.yela sapa tak cuakkan,result nak keluar ni,result yang boleh ubah jalan hidup ko.yang JPA kata keluar pukul 3 petang,tapi bukak2 je web die,takde link baru.semua orang yang apply JPA mula la rasa panas kan,sampai kol2 JPA tu.pegawai JPA tu sampai diam tak bercakap2.mungkin betul lah kata Sipot,terdapat 10499 orang yang mengkol JPA dan mungkin ada yang mengugut pihak2 JPA sehingga mampu membuatkan mereka terdiam sejenak.aku pun mula la rasa cuak,walaupun memang pasti MARA keluar pukul 4 petang,tapi aku cuba pikir dalam minda aku,yang aku ade kaitan dengan JPA,walaupun haram aku ada pegi interview die.mintak maaf,perasaan excited aku tak dapat hilang sehingga membuatkan aku untuk menyebok skali dalam kancah JPA.

jam 3.40 petang,aku bermain2 melawan komen dengan beberapa orang di facebook dalam usaha untuk menghilangkan perasaan kecuakkan dalam diri ini.tidak dinafikan terdapat individu yang cuba untuk menambahkan lagi perasaan cuak ini,dengan cuba untuk mengcountdown kan tempoh masa untuk MARA keluar.terasa seperti ingin mengebom individu itu,tetapi memikirkan undang2 Malaysia yang tegas,aku membatalkan hasrat itu.oh jangan risau,mitos semata2,takkan lah aku sebegitu kejam untuk melakukan sedemikian rupa.

tik,tik,tik..(bunyi jam berdetik di rumah aku,yang gedik2 nak bunyi,sebelum tu silent je).tett!jam,masuk ke pukul 4.yah,masa tempoh ini bermula,aku dapat merasakan tangan2 aku menggigil2,untuk pergi ke web MARA sejurus aku lihat jam di dinding.oh maaf,hiperbola,bukan jam di dinding,tapi jam di penjuru kanan bawah laptop ini.tengok aku,bende ni pun nak gitau.aku bertambah menjadi seperti seseorang yang menghidapi penyakit Parkinson selepas Anas memberitahu aku melalui IM  dan juga Azfar memberitahu melalui status di Facebook yang mengatakan Mara sudah boleh di cek.dengan berhati2,aku pergi ke web tersebut,dan memilih keputusan Piln 2010.lantasan itu,aku memasukkan no ic aku,dan sejurus aku melihat keputusan,aku melompat kegembiraan,walaupun aku agak sedih sebab tak dapat kolej mara banting.untuk 30 minit yang pertama,aku berasa sungguh down,disebabkan,ada beberapa orang rakan2 ku mendapat tempat di kolej mara banting.perasaan jelez mula menguasai diri.aku berasa gila tension sebab aku mendapat persediaan di kolej di penang,yang nama nye aku tak penah dengar.abaikan nama itu.sekadar singkatan aku beri,AMCS,tau tak?

bayangkan,hari ahad ni,aku mula nak pergi ke UM,tapi dalam masa yang sama,aku mendapat Mara semalam(jumaat).malam hari jumaat tu juga aku bergegas ke klinik,untuk melakukan medical cek up,dengan hasrat hati,untuk menolak MARA,dan menyambung ke UM,atas sebab,rakan2 aku ramai di sana.tapi,lepas dah di google tentang kolej ini,dan di mana tempat aku menyambung belajar selepas belajar di kolej ini untuk tempoh 3 sem insyallah,membuatkan aku kembali bersemangat untuk menghadapi hidup yang fana.petang semalam,aku dah siap kol zuhir,cakap aku akan pergi ke UM,dan dia sanggup menyimpan bilik,dan memilih aku sebagai teman bilik.tapi tu lah,malam tu,aku dah ubah fikiran untuk memilih Mara sebagai medium untuk menyambung pelajaran aku.aku rasa kat kolej sana,aku mana ada kawan yang aku kenal,nampak nye,aku kena mula hidup berseorang dan mencari kawan yang baru di sana.betul lah orang kata,kadang2 nak kejar cita2,jangan pandang di mana tempat kita belajar,tapi,pandang pada ilmu yang kita dapat dekat sana.kejar cita2 dulu,bukan pikir nak seronok je kan.

aku rasa baru je aku masuk tadika,tapi skang,semua member2 aku dah mula nak sambung belajar ke U dah.tengok la keadaan sekeliling,semua membesar,takde dah,zaman kanak2.nah,skang zaman untuk ko belajar,dan saing 1 sama lain.hari ni,budak2 UIA mula masuk.esok,aku rasa,majoriti budak asasi dah mula masuk U kan.pada member2 aku yang tak dapat apa yang di mintak,sabar lah.sekurang2 nye,kita ade tempat belajar yang lainkan.bukan semestinya yang fly je boleh berjaya,orang belajar kalau bersungguh,banyak lah yang ko dapat.nanti kita jumpa lagi,dalam 10 or 15 tahun akan datang,dan tengok semua berjaya dalam bidang masing2 ok.kejar dulu cita2,tapi,jangan lupa kan family kawan semua...:)

p/s-gudluck untuk semua..^_^