salam..
dah lama gila aku tak update blog skang,tak tau apsal,aku sibuk kot,yela,macam2 kerja aku buat kan,tu tak sempat nak update tu.ko pun tau kan,aku manusia biasa,kadang tak lepas buat salah.apatah lagi nak puaskan hati para pembaca.jadi,maafkan lah aku.(ayat common pemalas nak update).
aku sebenarnye takde idea nak update la,tapi aku gagahkan juga nak update.kerja asyik online facebook je,pastu member kasi link suruh bukak profile ni itu.semua pasal kutuk2 agama Islam je.aku pun tak tahu apsal la dorang dengki ntah.tapi yang aku tengok banyak buat profile2 camni,orang indon la.tak silap aku la,kalau tengok dari gaya die hantar ayat dia kat wall tu,ntah pejadah die mencarut ntah.
aku tengok sekarang,facebook makin sunyi,yela,dah semua pergi U da,tapi ade gak yang online kat U,so,tak sunyi sangat da skang.eh,ape aku cakap ni?aku kiranya,dah 5 tahun sekolah berasrama kan,masa aku sekolah rendah je la tak pun.dulu masa aku umur 5 tahun,aku takut nak pergi tadika.mak aku punye la hantar aku pergi tadika ni tadika tu,tapi aku tak nak.tapi,akhir2 tu,aku pergi gak,puncanye,sebab mak aku belikan aku kasut sekolah dengan kapur kasut,pastu pencil case semua tu,aku terus semangat nak pergi tadika tu.ntah,aku rasa benda tu macam mainan,tu pasal aku semangat nak pergi sekolah kot.
masuk je darjah 1,aku naik van sorang pakcik ni pergi sekolah,tiap2 hari,aku akan tunggu kat depan kedai ni orang panggil kedai pakcik moon,ke mun?ntah,mana2 la.duduk la aku situ sebab nak tunggu van ambik aku.dalam pukul 11 camtu,aku akan keluar dari rumah,dengan Beg gile besar nye,pergi ke kedai tu.tapi biasa aku akan menyorok2 sikit kat tepi kedai,sebab takut dengan sorang makcik ni.tiap2 hari,kalau die nampak aku,mesti dia suruh aku balik.dia kata camni kat aku "adik,balik la rumah,sape nak hantar kamu pergi sekolah nye?baik balik rumah tido".setiap hari dia akan ulang ayat tu,kalau nampak aku.lepas tu,kalau die dah nampak aku naik van tu pun,die suruh gak aku balik rumah.dia pernah kata kat aku camni
makcik-"yang kamu pergi naik van tu buat ape?kamu tak tahu ke zaman
skang,penculik semua pakai van?"
aku-huh?yeke makcik?
makcik-yela,kamu taknak percaya cakap orang tua?hidup tak berkat.
aku-huh?apakah?
ok,camtu la lebih kurang dialog aku masa kecik,tapi sila bayangkan aku dalam keadaan suara kanak2 yang pelat dan sedang memakan lollipop warna warni tu.tak lupe,beg besar kat belakang dan bertubuh kecil.
aku tak sure la,makcik tu normal ke tak,tapi hari2 dia bawak payung.pastu dia selalu pakai payung tu,tapi time hari hujan,die tak pakai payung plakk?apa kes??!
kita fokus kat beg aku plak sekarang.aku memang jenis main sumbat je semua buku dalam beg.aku sekolah rendah dulu mana tengok jadual2 ni.aku sekolah rendah dulu,aku ingat setiap hari,semua subjek ade.masa je berbeza.so,aku angkut la semua buku.lepas tu,masa darjah 5 dulu,ade kelas matematik.cikgu aku,nama die cikgu syamsiah.die memang paling garang la kat sekolah dulu.semua budak takut.nak disedapkan cerita la kan,ada 1 part ni,kitorang kena timbang beg masing2.sebab masa tu,bab matematik yang kitorang kena belajar tu,ada kait dengan timbang2 ni la.semua timbang beg masing2.turn aku macam last2 la.member2 aku semua gelak je kat aku.dorang kata,abis la,kena marah dengan cikgu,haha.marah sebab beg berat sangat.aku sanggup tu,pergi keluarkan beberapa buku pastu letak bawah meja.lepas tu,pergilah timbang beg kan.dalam 7 kg gak la.budak lain semua 4 kg je.1 kelas terkejut,aku pun sama.pastu cikgu pun sama.aku dah redy da tutup mata,sebab mesti dia tampar muka aku punye.tengok2,dia puji aku plak.hahaha.balik je tempat duduk aku buat muka bangga sket kat member2 aku.lepas tu,start dari hari tu,nak mengelak dari kena marah dengan cikgu tu,dorang ramai2 pakat bawak buku banyak,kasi beg berat,yela,sebab nak cikgu puji.kejadahnye,bukan 2 3 kali cikgu nak timbang berat beg tu.padan muke dorang,tapi aku pun padan muka gak,dari darjah 1 sampai darjah 5,kerja bawak beg berat je.abes la,bengkok la tulang aku.
tapi,tu masa sekolah rendah la,dah masuk sekolah menengah,seboleh2 nya,beg tu nak paling ringan la.rasa buku tu tak penting je,aku humban keluar dari beg.masa aku f4 f5 plak,aku tak bawak beg langsung balik asrama,aku simpan je kat kelas tu,rasa nak study ke buat homework ke,aku pergi la kelas.tapi cam jarang je aku buat kerja rumah.tehehehe.
ok lah,perut aku lapar plak.nak pergi makan dulu.chow2.papehal roger.hah ye,otak anda(aku mengata kat diri sendiri la)
saya tak suka ke sekolah"ujar kanak2 ini dengan nada sedih.eh,sedih ke?
p/s-saya dah ada account millatfacebook,anda pula?