ketakutan aku....

salam kembali.jawab salam dulu.hehe

hari ni,aku ingat nak update blog pasal masa aku kecik2 dulu la.asyik2 update blog pasal zaman sekarang je kan,tak best la kan.(asyik2 update blog?ngok anda).ko masa kecik dulu mesti penah ade sikap2 yang sampai sekarang ko tak hilang2 lagi.aku ade je bende2 yang aku masa dulu takut,sampai sekarang aku masih lagi.

aku jujur la,kalau aku sorang2 dalam bilik atas katil,pastu baca buku sambil minum air sume tu kan,kaki aku mesti aku letak atas katil.aku takkan biarkan kaki aku jejak lantai atau pun melayang2.(melayang2?erkk..)kan bawah katil ada ruang kosong kan,aku risau bila aku tak letak kaki aku atas katil,lepas tu,biarkan kaki aku terjuntai je kat katil tu,nanti ade raksasa ke,hantu ke,tarik kaki aku.ni semua salah cerita hantu yang aku tengok masa kecik dulu.exorcism bende ntah.start lepas tengok cerita tu mule la,aku fobia nak biarkan kaki terjuntai kat katil tu.sampai dah besar pun,aku camtu gak,ape2 hal,aku naik kan dulu kaki aku atas katil.ha,tengok skang,aku dah angkat kaki aku,nampak tak,nampak tak?sori,aku tau ko tak nampak.sebab ko takde kat sini.(padan muka lawak  tak jadi).

lepas tu plak,aku jugak takut bunyi cicak malam2.bukan sebab aku pikir nanti cicak datang makan aku,gila kebudak-budakan.cei,padahal masa tu memang budak pun,tapi srius la,takde keje aku pikir die nak makan aku,aku lastik skali,trus cabut ekor,pas tu aku pelik,camne ekor boleh gerak2 lagi.apsal eh?ok,lupakan,tu bukan persoalan utama skang,persoalan utama skang adalah,kenapa aku takut bunyi cicak?!eh,dulu la,masa kecik2,skang aku dah berani da.try la baling cicak kat aku,aku tangkap sebelah tangan sambil tutup mata je,hehe.ye la kot.ok,punca aku takut,sebab aku ni jenis tidur lambat tengah malam.bile aku dah sorang2 yang tak tidur lagi,aku cuba nak tidur gak,tapi tak boleh.dalam usaha aku nak tidur tu,kadang2 cicak akan keluarkan bunyi die.tau bunyi cicak?camni,yang klik,klik.eh,sama ke bunyi?alah,lebih kurang la.ha,orang kata kat aku,tanda bunyi cicak ni,tanda ade bende  yang cicak ni nampak,tu dia bunyi tu.aku dah pikir macam2 dah,ada tu la,ini la.tapi aku pikir,mungkin die bunyi sebab aku sorang je kot tak tidur.jadi die perasan aku tak tidur,tu yang die bunyi tu.tapi,apa kes,nak bunyi lak?duk diam2 sudah.hari jumaat hilang lah ko.

ni plak,berkaitan dengan cita2 bile besar.kat sekolah rendah aku dulu,cikgu suruh semua budak pilih 3 kerjaya pilihan kan.nak isi dalam buku record ape ntah.yang aku ingat,aku pilih,bomba,lawyer,juruterbang.tibe2 bomba plak ade kan.ala,macam aku tak tau,zaman budak2 dulu,mesti ade punya cita2 yang macam ade kait dengan pakaian seragam ni.contoh,polis,askar,pengakap pun ade.biasala tu.aku pilih bomba,sebab kawan baik aku masa sekolah rendah pun pilih bomba gak.aku siap da plan da dengan die masa darjah 2 dulu,nak kerja kat gombak,selangor.sebab member aku asal sana.pastu,time tu,aku dengar bunyi gombak macam gempak je plus gombak je daerah yang aku tau kat selangor tu.haha.die punya semangat tulis kat buku kotak2 matematik tu,taktik nak padamkan api semua,nak selamatkan mangsa2,nak main pancut air pili bomba tu..sekali dengan aku la plan tu~sebab,kire nye,die pegi lantik diri die ketua bomba daerah gombak,aku penolong je.ade ke patut.sampai gaduh2 kejap.err,sori,masa tu,memang tak matang.

tapi bile dah besar,aku tak plak terpikir nak jadi bomba ke apa.aku skang insyallah pergi ke arah bidang perubatan.ntah,dulu tak terpkir plak nak jadi doktor ni,aku takut nak bedah mayat semua.sampai skang aku terpikir,aku pilih bidang medik ni sebab ramai orang pilih bidang ni ke?ke sebab aku nak nampak class jadi doktor?tapi,aku memang minat pun dalam bidang camni,cuma agak risau la.takut aku tak leh bawak bidang ni.lagipun,ade member aku penah kata camni-"bila ko dah jadi doktor,semacam takde hari esok untuk ko"
ade kata,jadi doktor takde life.yeke?aku pun dah cerita kat mak aku pasal masalah pasal medik ni.pernah masa aku makan dekat restoran sekali dengan mak aku.aku tanya mak aku pasal bidang medik ni.sesuai ke aku nak ambik?(dengan mak aku tak guna aku la~).mak aku jawab,semua kerja kat dunia perlukan niat.tanpa niat.kerja tu tak menjadi.terpulang lah,nak pilih medik ke tak.sapa kata doktor takde life?apa makna life kat aku?lepak dengan kawan2 sampai pukul 2 3 pagi ke?luang sepenuh masa dengan family ke?nak hidup bebas ke dengan kerja2 ringan je?mak aku kata,bile kite dah letak dalam diri kite 1 landasan nak teruskan kerjaya,teruskan.setiap orang ade pengorbanan masing2,beza die lebih ke tak.tengok macam mak,dah makin tua.komitmen kat kerja,kena teruskan,apa lagi nak buat lepas ni?kerja,kahwin,dapat anak,sorang2 ahli keluarga,kawan2 mati.lepas tu,kite plak mati.tu je,dalam hidup.tapi yang penting,macam mana kamu corak kan hidup kamu.yang penting,niat kerana allah.dah tu je mak aku cakap.insaf plak aku dengar.

aku pikir,memang aku nak buat betul2 la dalam bidang yang aku dah pilih ni.bukan pandang kat tempat mana aku belajar nanti,tapi pandang dekat apa yang aku dapat kat tempat belajar tu.insyallah,aku cuba belajar bersungguh2,nak capai cita2


.macam mak aku cakap kat aku,yang penting niat..:)