bukan di rumah sekarang..

salam...

ada masa ni aku nak update la blog kan.aku gune wifi ni.ye wifi.wifi yang gle nak mati slow.aku daftar kolej kat penang ni rabu lepas.ramai gak daftar sini.aku jumpa macam2 orang la sini.aku lepas2 daftar je,gerak pergi putra villa,rumah yang budak2 kolej aku tinggal semua.wah,masuk2 je kawasan rumah tu,dengan 2 tingkatnye,dah nampak gym,swimming pool sume.pastu,ade rumah yang ada aircond la ape la.ade club house la.

"gempak la rumah ni,abes la aku nak blaja camne?mesti susah.mewah sangat ni!takpe2,aku boleh sesuaikan diri,"kata ku di dalam hati dengan perasaan agak bertuah,chey~

wah rumah aku depan kolam la,senang la nak mandi!"ujar ku lagi sekali di dalam hati,eh,ke aku cakap kuat2,ntah~

dalam surat cakap 1 rumah ade 5 orang.aku tengok,gile lah~,rumah dah la 2 tingkat,pastu ade 5 orang je??wah,gle bes!aku nak master room!

lepas tu,aku pergi la kat rumah yang aku dapat kan,aku dah pelik dah,apsal tangga die nak naik tingkat atas,ada kat luar?rupe2nye,memang la 2 tingkat,tapi 1 tingkat tu untuk orang lain,tingkat atas orang lain.kire nye,maksud dalam surat tu,1 rumah 5 orang,bukan rumah,tapi tingkat!cakap la clear sket!

takpe2,aku cool lagi.aku pikir"ala,xpe,janji tingkat atas,mesti bes.hehe.

naik2 je tingkat atas,aku tengok ade 3 bilik,aku punye bilik no 1.masuk2 je bilik,bilik aku dah ade 3 orang.eh,kepala otak la,bapak sempit.

rilek dulu,aku masih cool lagi.cara nak hilangkan rasa bengang senang je.kita pergi la basuh muka ye tak?so,aku pun pergi la ke tandas kan.dah ready dah nak basuh muka,dah semangat dah nak rasa camne air kat sana.(padahal sama je).aku pun bukak la paip kan,dah 58902880837 kali aku turn paip tu,tak keluar gak air.eh,WHAT THE HELL MAN?apahal air takde.arghhhh.lagi skali aku tension.

lagi sekali aku nak rilek kan.terpaksa la,tak elok ngamuk2 ni,so,aku pikir aku kena sejukkan badan aku dulu.tengok2 takde aircond,aku cari kipas la kan.kipas pun kipas la.kira ok la kan,guna kipas.sekali,baru perasan,tak jumpe plak kipas dalam bilik.eh,mana pergi kipas?ke takde kipas dalam rumah ni???aku pergi kat bilik lain pun takde kipas.lepas tu,terdengar la mak bapak2 budak2 lain,ngamuk,kipas takde.

aku punye reaksi  :...................."

masa tu,bapak tension,takkan aku kena hadapi benda ni setahun kot,gila ape.pastu jumpa la urusetia rumah kan.cakap2 die kata camni..."ok adik,jangan risau!dalam masa 5 minit kami akan bawak kipas!lek lu~(sila bayangkan beliau berada dalam keadaan sangat bersemangat dan muke berpeluh~)

so,aku pun lepak la kan.dalam 10 minit tu,kipas pun datang.sembang 5 minit,sekali 10 minit.ceh!bende ni pun nak ngamuk ke!gile ape aku,haha,takde ar,aku tak kisah pun die datang lambat.ke tak.aku kan baik.percaya la aku.ok?

bila dah pasang kipas,mesti nak bukak kan?so,aku pun bukak la kipas dulu.tapi tak sampai 5 minit,seluruh letrik rumah padam.eh,ni apehal lak ni??!puaka gila rumah ni!arghhhh.rumah aku kat kolej ni memang camni,setiap kali 5 minit die akan padam.aku tak tau apsal.rumah lain ok je.

takpe,gua rilek gak lagi sekali.orang urusetia  tu pun kol cakap,air dah ade dah kat rumah aku.so,aku ngan roommate aku nak mandi la kan.perhatian yer,mandi ikut turn,bukan 1 bilik air.baru kenal dah nak mandi 1 bilik air,gila ape??!(owh,kira kalau dah lama kenal boleh mandi sama2 la?kepala otak!)aku pun masuk la bilik air kan.bukak la air.baru je nak mandi,sekali air turun warna kuning.kejadah ape ni?

reaksi aku:............................,-_____-"

(terdengar bunyi menjerit nada bengang di bilik air rumah ni)

aku terus keluar pergi bilik mandi rumah lain.tumpang jap.lepak la dulu kan.semua bende kena hadapi dengan tabah.........

ha,ok,letrik rumah dah padam.aku out dulu.laptop ni bateri dah la tinggal sket.

chow dulu,aku nak kasi letup suis utama rumah ni.