Sana-sini

salam..

yahh,aku nak cerita sikit ni.apehal la aku pergi sana sini,mesti perempuan je penuhh.dekat kelas aku pun,laki minoriti.jangan citer kelas la,citer 1 kolej aku senang citer.pergi sana sini,aku jalan je tutup mata,bukak mata balik,dah berhimpun perempuan depan aku.macam senang citer,dah macam jemaah haji dah sini.slack tak cukup pakaian je.koff,koff(batuk),bukan semua..xD


dekat sini,perempuan la berkuasa.kat kedai makan,kedai itu,ini,memang penuh perempuan je.laki,ada la sekerat dua,tengah hisap rokok ke.err.aku tak hisap,tak hisap.aku siap nasihat dorang lagi ade la.hehe


yeah,sem 2 menyaksikan bahawa,impian aku nak tido sampai pukul 12 tak jadi kenyataan.skang,kelas start pukul 8 pagi,then sampai la ke petang.kadang2 sampai pukul 7 petang.habis kelas je,dah macam zombie dah.yela,tahan ngantuk.tapi ade advantage die jugak,skang,jumaat cuti kot.so,sem 2,aku dapat 3 hari cuti.yeyy..-__-"


btw,januari ni konfem ade intake baru kat kolej aku.so,aku akan tengok,bapak ramai budak perempuan yang akan masuk kat kolej ni.maka,ia meruntuhkan sanubari aku sebagai budak lelaki yang dah sekolah laki 5 tahun berturut2.agak shock culture di situ.kot.dan,laki akan terus kalah dari segi bilangan,tapi tidak kalah di bahagian lain.sila buat2 paham.


dan fakta penting,berkurangnye laki,dan bertambahnye perempuan,maka,laki2 akan jadi hotsetaff.so,kaum laki berjaga2 lepas ni,perempuan kejar.hahaha.tambah2 plak,aku bace kat paper,laki melayu skang kejar perempuan arab yang hot2 tu.lubnan sume tu,muke standard2 nancy ajram..:D




ok,murid2,fakta terbaru,laki hotstuff skang.tapi aku tak la.


chow...btw,tahniah malaysia.indonesia,janganlah gadohh.tak baik.

Reminiscing the Old Day

salam rakyat jelata...


yeyy,aku update blog lagi.suka tak,suka tak?.....(tiada respon).terbaiklah 3 bulan sekali.sumpah aku takde idea nak update.bajet nak buat blog ni macam diari la konon2nye.bajet macam nak tulis life kat kolej camne.then macam tahun depan,budak2 yang baru nak masuk college life,search kat google kan,"macam mana life di kolej,best tak life kat kolej?"sekali terkeluar la blog aku kat search utama.cei,bajet lah,pembaca pun takde.takpe2,aku redha,aku sorang baca pun boleh.tak kisahhhh punn.......:"(

sedar tak sedar,dah 5 bulan lebih aku kat kolej ni.dah nak masuk januari 2011 pun.siot lah aku tak sedar pun.tapi bila aku ingat balik,tahun lepas bulan disember ni,masa aku form 5,budak2 form 4 sume dah balik cuti akhir tahun,form 5 plak kena tempuh spm kan,so stay kat sekolah.ramai2 tido dkat blok lekir n tuah.sume form 5 je.best memang best.sedar tak sedar,gile lah,dah setahun rupenye,rasa macam tak lama pun masa tu.tapi tu lah,masa cepat berlalu.aku dah nak masuk 19 dah tahun depan.masa ni la,nak pikir macam2.pikir nak study camne,pikir nak hidup sorang,pikir nak kawin berkawan sume lagi.makin dah besar,banyak lak masalah timbul.heh,tak tau la kalau masalah tu timbul sebab aku sendiri yang nak cari masalah tu.


ingat2 balik,aku rasa diri aku tahap paling pemalas masa dekat kolej la,paling rajin time pmr,kan best kalau diri aku skang ni macam zaman aku pmr dulu.dah,aku kena lupakan benda lama.biarkan jadi kenangan.tapi aku tetap rindu zaman aku sekolah rendah,menengah sume.masa tu,fikir nak cuti cepat je.sekarang ni,dah ambik course medic ni,memang aku tak fikir cuti sangat,sebab aku tau,dah ambik medic,berterusan la aku kena belajar semua2.yeahh,world of medicine is always turning and turning,gather all the knowledge from the outside,not from the books..:)


aku ada dalam 5 bulan lagi,nak habis pre med course,then terus ke degree.tengok la buat kat mana.aku tak kisah.takdela,aku sangat kisah sebenarnye,tapi kalau takde rezeki nak buat camne la kan.


ok lah,kejap je nak update ni,sebenarnye nak update bulan lepas post ni,tapi disebabkan wifi di kolej aku paling laju,so,aku terpaksa tangguh2 sampai bulan ni.btw,lagi sebulan aku dah jumpa final exam sem 2,kena buat betul2 ni,tak nak pisang berbuah 2 kali..:(


p/s-aku rindu gila zaman aku lepas habis spm,lepakk je keje.heh,ko memang camtu saiful,pemalas..-_-"

Life in ACMS..:)

Salam....

lama gile aku tak update blog.ni la rekod paling lama aku tak update.hehe.biasa la busy skang.ceh,busy la sangat.keje tido,makan,tido,makan,tido(kantoi tak puasa) memang la kan.takpe,aku nak ubah perangai lepas ni.bile?err,bile2 la,esok ke,10 tahun lagi ke.hehe.janji ubahhh.

so far,life dekat acms agak best.sini kelas sangat la best.sebab,sebab,gile free nak mampus 99x(menunjukkan betapa free nye kelas).bayangkan,hari isnin kelas aku start pukul 12 kot.so,pandangan aku terhadap hari isnin sebagai hari terburuk dah berubah.dulu paling malas hari isnin la,tapi sekarang paling malas hari selasa.sebab hari tu je hari yang betul2 macam hari kat kolej(ape aku merepek ni).hari selasa kelas start pukul 9 pagi,habis pukul 7 petang.lab semua campur.agak penat la.tapi hari2 lain sangat la free.bayang kan pulak,hari rabu aku kelas start pukul 1 sampai pukul 2.lepas tu,agama pulak start pukul 5.30 petang.ade 2 kelas je.sama jugak dengan hari khamis,kelas start pukul 12.hari jumaat pukul 8 pagi start,habis pukul 12.lepak la,lepas habis solat jumaat,tidooo je la kn.hehe.sini aku tengok memang self study sangat la penting.kalau kau alpa sikit je(contoh macam aku),memang ko akan terus alpa selama2,lama2,lama2 nye.ok,aku tipu.tapi tu lah,kalau ko pemalas sini,susah la nak catch up apa yang diajar.ok,contoh terbaik,subject bio.aku memang pantang la nak baca buku tebal2 ni.lecturer plak gempak tu,import dari holland,tapi,tapi,bukan nak mengutuk,tapi,die tugas die cume baca slide bio kat depan tu.angkut dari holland tapi baca slide je?gaji belas2 ribu kot.

kesimpulannye,aku pun boleh je baca slide kat depan tu,lepas tu cakap kat student2 ni,blaja bio kena rajin yer,tak paham tanye saya,tapi saya tak nak jawab,itu tugas kamu baca buku bio tu sendiri.kita kena rajin.tak paham bio,balik study.ok,bukan ayat aku~lagi 1,ko pernah tak orang tanya ko pasal DNA replication,tapi die jawab balik macam ni-oh2,have u seen any movie?there are hero and heroins rite?so,assume it like that.
terbaik kan?...ok,taknak kutuk banyak2,karang bio aku tak lulus~



ok,ni buku biology,tebal die nak dekat 2000..:'(




ha,kat sini ade swimming pool.kira best la jugak.tapi,aku tak mandi sangat pun.baru 3 kali je kot aku mandi.tak minat la swim2 ni,susah la,nak kena tukar baju laa,pakai tuala lap badan,lepas tu, nak naik rumah basah,kena mop.ok2,aku ngaku,aku tak reti berenangggg.senang citer.  -__-"

sini kawan2 semua ok la.campur2,ade budak private scholar semua.aku nanti tak tau la sambung ke mana,dah la nak fly susah.aku sambung ukm je kot.hahaha.cepat betul give up.tapi nak buat macam mana,susah gle kott nak fly.bajet dah dapat mara macam dah konfem dah ireland,tapi,tapi..:'(..ok2.aku tak emosional,insyallah aku cuba..:)

ok,dah tak tau nak cakap ape,ni ade gambar,sila tengok wahai pembaca(kalau ade).

ok,selalu pagi2 kau akan tengok orang bergaduh berebut2 bas.aku dengar cerita,pernah masuk kes polis pasal berebut bas ni(ok,aku tipu lagi)




ok,ni nama die clubhouse.malam2 nanti nampak la orang menari2,lampu disko semua.takdela,sini kadang budak kolej aku buat solat jemaah kot,hehe

ok,sini gym bina badan.memang berhasil kot,tengok la badan aku macam mana.arghhh,aku tipu lagi bulan puasa ni.

ni tempat mandi budak2 kolej aku.best kot intai tengok orang mandi kat sini..:D



ok,ni katil kat rumah sini.err,apehal muke die boleh ade plak.puaka la blog aku lepas ni,hahaha,gurau2,mati aku die baca kang.takpe,aku memang nak die baca pun..XD

ok,dah,tu je aku mampu update hari ni,dah penat la selalu update,cei~padahal baru 1st time update untuk tahun bulan ni..:)..

ok la,aku nak chow dulu,sahur dulu,lepas tu nak jadi imam lagi,hahaha.habis jemaah lari aku jadi imam.


takde tajuk

salam...

aku blur betul la nak letak tajuk apa.perlu plak letak tajuk.jadi,aku letak tajuk common blogger takde idea nak letak tajuk(eh,paham aku cakap ape?).

ha,rumah aku dah ok skang.takde masalah sangat.kipas dah ade.lama dah ade sebenarnye.tapi kipas biasa2 je la.tak main la aircond2.anak dato' boleh la.masalah skang suis rumah ni selalu blackout ttibe.aku nak charge laptop je blackout.takkan overload kot.gile ape,camtu aku kena cover2 la letrik.malam2 kena bukak lampu tandas dengan kipas ruang tamu je.kalau bukak lebih2 karang blackout.(sedih tak?)

setakat ni,ok la hidup dekat sini.dekat penang kan,mesti la best.lawa pun tempat die.aku hari sabtu ke ahad ke,pergi la keluar mana2.hari2 pub boleh keluar sebenarnye,tapi sampai pukul 11.ek eleh,ni pun nak gtau.

pelajaran baru start sikit2 je,jadual aku sampai pukul 7 petang.pukul 5-7 petang,subjek basic biology dengan chemistry.gila,aku baru tau,biology pun masuk chemistry ngan fizik eh?gila laaa..chemistry ngan fizik plak belajar lain2.aku tak tau apa la yang aku kena blaja nanti.pecah la kepala aku.adoi.

eh,ok la,aku nak out dulu.ade hal nak settle.(ayat common blogger jugak yang nak tamatkan ayat)


p/s-orientasi aku 3 hari je,macam takde ape2 je,so,skip la kan?xD


bukan di rumah sekarang..

salam...

ada masa ni aku nak update la blog kan.aku gune wifi ni.ye wifi.wifi yang gle nak mati slow.aku daftar kolej kat penang ni rabu lepas.ramai gak daftar sini.aku jumpa macam2 orang la sini.aku lepas2 daftar je,gerak pergi putra villa,rumah yang budak2 kolej aku tinggal semua.wah,masuk2 je kawasan rumah tu,dengan 2 tingkatnye,dah nampak gym,swimming pool sume.pastu,ade rumah yang ada aircond la ape la.ade club house la.

"gempak la rumah ni,abes la aku nak blaja camne?mesti susah.mewah sangat ni!takpe2,aku boleh sesuaikan diri,"kata ku di dalam hati dengan perasaan agak bertuah,chey~

wah rumah aku depan kolam la,senang la nak mandi!"ujar ku lagi sekali di dalam hati,eh,ke aku cakap kuat2,ntah~

dalam surat cakap 1 rumah ade 5 orang.aku tengok,gile lah~,rumah dah la 2 tingkat,pastu ade 5 orang je??wah,gle bes!aku nak master room!

lepas tu,aku pergi la kat rumah yang aku dapat kan,aku dah pelik dah,apsal tangga die nak naik tingkat atas,ada kat luar?rupe2nye,memang la 2 tingkat,tapi 1 tingkat tu untuk orang lain,tingkat atas orang lain.kire nye,maksud dalam surat tu,1 rumah 5 orang,bukan rumah,tapi tingkat!cakap la clear sket!

takpe2,aku cool lagi.aku pikir"ala,xpe,janji tingkat atas,mesti bes.hehe.

naik2 je tingkat atas,aku tengok ade 3 bilik,aku punye bilik no 1.masuk2 je bilik,bilik aku dah ade 3 orang.eh,kepala otak la,bapak sempit.

rilek dulu,aku masih cool lagi.cara nak hilangkan rasa bengang senang je.kita pergi la basuh muka ye tak?so,aku pun pergi la ke tandas kan.dah ready dah nak basuh muka,dah semangat dah nak rasa camne air kat sana.(padahal sama je).aku pun bukak la paip kan,dah 58902880837 kali aku turn paip tu,tak keluar gak air.eh,WHAT THE HELL MAN?apahal air takde.arghhhh.lagi skali aku tension.

lagi sekali aku nak rilek kan.terpaksa la,tak elok ngamuk2 ni,so,aku pikir aku kena sejukkan badan aku dulu.tengok2 takde aircond,aku cari kipas la kan.kipas pun kipas la.kira ok la kan,guna kipas.sekali,baru perasan,tak jumpe plak kipas dalam bilik.eh,mana pergi kipas?ke takde kipas dalam rumah ni???aku pergi kat bilik lain pun takde kipas.lepas tu,terdengar la mak bapak2 budak2 lain,ngamuk,kipas takde.

aku punye reaksi  :...................."

masa tu,bapak tension,takkan aku kena hadapi benda ni setahun kot,gila ape.pastu jumpa la urusetia rumah kan.cakap2 die kata camni..."ok adik,jangan risau!dalam masa 5 minit kami akan bawak kipas!lek lu~(sila bayangkan beliau berada dalam keadaan sangat bersemangat dan muke berpeluh~)

so,aku pun lepak la kan.dalam 10 minit tu,kipas pun datang.sembang 5 minit,sekali 10 minit.ceh!bende ni pun nak ngamuk ke!gile ape aku,haha,takde ar,aku tak kisah pun die datang lambat.ke tak.aku kan baik.percaya la aku.ok?

bila dah pasang kipas,mesti nak bukak kan?so,aku pun bukak la kipas dulu.tapi tak sampai 5 minit,seluruh letrik rumah padam.eh,ni apehal lak ni??!puaka gila rumah ni!arghhhh.rumah aku kat kolej ni memang camni,setiap kali 5 minit die akan padam.aku tak tau apsal.rumah lain ok je.

takpe,gua rilek gak lagi sekali.orang urusetia  tu pun kol cakap,air dah ade dah kat rumah aku.so,aku ngan roommate aku nak mandi la kan.perhatian yer,mandi ikut turn,bukan 1 bilik air.baru kenal dah nak mandi 1 bilik air,gila ape??!(owh,kira kalau dah lama kenal boleh mandi sama2 la?kepala otak!)aku pun masuk la bilik air kan.bukak la air.baru je nak mandi,sekali air turun warna kuning.kejadah ape ni?

reaksi aku:............................,-_____-"

(terdengar bunyi menjerit nada bengang di bilik air rumah ni)

aku terus keluar pergi bilik mandi rumah lain.tumpang jap.lepak la dulu kan.semua bende kena hadapi dengan tabah.........

ha,ok,letrik rumah dah padam.aku out dulu.laptop ni bateri dah la tinggal sket.

chow dulu,aku nak kasi letup suis utama rumah ni.